Harian Metro

Dibelasah kerana lahir anak perempuan

-

New Delhi: Hanya kerana melahirkan anak perempuan, seorang wanita dipukul teruk oleh iparnya.

Rakaman mengenai kejadian itu menunjukka­n wanita berkenaan meraung apabila dia dipukul dari depan dan belakang dengan kayu hoki oleh dua lelaki adik iparnya dan rakannya.

Kejadian yang menimpa mangsa yang hanya dikenali sebagai Meena Kashyap, 35, berlaku minggu lalu selepas keluarga suaminya menuduh dia mengadu mengenai keganasan mereka sebelum ini April lalu.

Menurut laporan, Meena yang berasal dari Patiala, Punjab, melahirkan anak perempuan tetapi enggan diterima oleh keluarga suaminya.

Pasangan suami isteri itu juga terbabit dalam pertikaian mengenai wang hantaran 700,000 rupee (RM46,600) yang diberikan oleh ibu bapa pengantin perempuan kepada pengantin lelaki di majlis perkahwina­n mereka.

Secara teknikalny­a, pemberian wang hantaran sudah diharamkan selepas ribuan wanita dibunuh dan didera kerana ia dituntut oleh keluarga mentua mereka setiap tahun. Ia bagaimanap­un masih diamalkan secara meluas.

Suami Meena, Daljit Singh, adiknya, Kamaljeet dan rakannya, Gaurav kini berdepan dengan tuduhan jenayah.

Bapa mangsa memberitah­u media tempatan, keluargany­a sudah membuat laporan mengenai kekejaman yang dialami Meena sejak tahun lalu tetapi tidak ada tindakan diambil.

“Mereka meminta wang hantaran 700,000 rupee sedangkan anak saya sudah berkahwin dua tahun lalu,” katanya.

Kejadian itu mendapat tumpuan penduduk India selepas video Meena dipukul tular di media sosial di India.

Ia mencetuska­n perdebatan baru mengenai wang hantaran. - Agensi

 ??  ?? MANGSA dibelasah dengan kayu hoki.
- Agensi
MANGSA dibelasah dengan kayu hoki. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia