Harian Metro

Duterte tawar autonomi

Usaha terbaru pujuk penduduk Islam Filipina untuk tolak militan Daish

- AFP

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte semalam menawarkan kuasa autonomi kepada penduduk Islam di Mindanao dalam usaha menumbangk­an kumpulan militan di wilayah selatan negara itu.

Duterte berharap, tawaran itu mampu memujuk penduduk Islam menolak militan Daish yang masih menguasai sebahagian bandar Marawi selepas bertempur hampir dua bulan dan meragut lebih 500 nyawa.

Dia juga berjanji untuk memastikan Kongres meluluskan Undang-Undang Asas Bangsamoro yang dirangka dan dikemukaka­n kepadanya semalam oleh pegawai kerajaan dan wakil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), kumpulan gerila Islam terbesar Filipina.

“Tempoh ini adalah langkah penting dalam usaha kami menamatkan kebencian, kesangsian dan ketidakadi­lan selama puluhan tahun yang memberi kesan kepada jutaan penduduk Filipina,” katanya dalam satu ucapan di hadapan pemimpin MILF dan pegawai kerajaan. Kedua-dua pihak berkata, adalah penting kerajaan memberi minoriti Islam di negara Kristian itu pilihan yang lebih baik bagi menghalang pengaruh militan.

“Penduduk yang terpengaru­h ini mengisi ruang kosong yang dicipta oleh kegagalan kami untuk mengubal undang-undang asas dan ia menambah kekecewaan penduduk,” kata pengerusi MILF, Murad Ebrahim yang merujuk kepada militan di Marawi.

Sejak 1970-an, penduduk Islam di Mindanao melancarka­n pemberonta­kan yang meragut lebih 100,000 nyawa.

MILF menandatan­gani perjanjian damai dengan Manila pada 2014 tetapi Kongres enggan meluluskan undang-undang autonomi, kunci utama perjanjian berkenaan.

Ketua perunding kerajaan, Irene Santiago berkata, Manila menjangkak­an undang-undang itu diluluskan dalam tempoh setahun dari sekarang.

“Tempoh 12 bulan akan datang adalah penuh dengan peluang tetapi ia juga tegang akibat penuh dengan bahaya.

“Bahaya itu berada di depan mata, golongan ekstremis, punca krisis di Marawi,” tegasnya.

 ??  ?? DUTERTE (tengah) bersama Murad (dua dari kiri) dan pemimpin MILF serta wakil kerajaan memegang draf Undang-Undang Asas Bangsamoro di Manila semalam. - Reuters
DUTERTE (tengah) bersama Murad (dua dari kiri) dan pemimpin MILF serta wakil kerajaan memegang draf Undang-Undang Asas Bangsamoro di Manila semalam. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia