Harian Metro

Vajiralong­korn kuasai penuh harta diraja

-

Bangkok: Satu undang-undang baru yang memberi Raja Thailand, Maha Vajiralong­korn penguasaan penuh terhadap aset diraja yang dianggarka­n bernilai berbilion dolar mula berkuat kuasa semalam. Undang-undang itu dianggap langkah terbaru Vajiralong­korn untuk meluaskan kuasanya.

Vajiralong­korn mewarisi peninggala­n harta antara terbesar dunia apabila menaiki takhta pada Oktober tahun lalu susulan kematian bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej yang memerintah selama tujuh dekad.

Keluarga diraja Thailand dilindungi oleh undang-undang menghina raja yang ketat dan tidak diwajibkan untuk mengisytih­arkan harta.

Penganalis­is menganggar­kan harta dinasti Chakri itu antara AS$30 bilion (RM128 bilion) hingga AS$60 bilion (RM257 bilion) dan antara paling kaya di dunia.

Kebanyakan harta keluarga itu dikawal oleh Biro Hartanah Diraja (CPB) yang merangkumi pemilikan hartanah dan pelaburan di syarikat utama dunia.

Semalam, undang-undang baru berhubung CPB yang diluluskan oleh Parlimen minggu lalu diumumkan sudah berkuat kuasa.

Perubahan itu memberi kuasa kepada Vajiralong­korn untuk melantik semua anggota jawatankua­sa CPB.

Sebelum ini, pengerusi jawatankua­sa itu adalah menteri kewangan bagi memastikan kawalan kerajaan terhadap aset berkenaan.

Kini, Vajiralong­korn secara bebas boleh melantik sesiapa yang disukainya untuk mengetuai jawatankua­sa berkenaan.

Ini kali pertama undang-undang itu digubal dalam tempoh 69 tahun.

Raja Thailand mempunyai kuasa perlembaga­an yang terhad tetapi di bawah pemerintah­an Bhumibol pengaruhny­a di belakang tabir politik dan ekonomi semakin kuat. AFP

 ??  ?? VAJIRALONG­KORN
VAJIRALONG­KORN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia