Harian Metro

Russia mesti dipertangg­ungjawab

- AFP

Tragedi MH17 tidak mungkin berlaku tanpa pembabitan Moscow: Presiden Ukraine

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko semalam bertegas menyatakan Russia perlu dipertangg­ungjawabka­n berhubung tragedi Penerbanga­n Malaysia MH17 yang meragut 298 nyawa tiga tahun lalu.

Penyiasat antarabang­sa sebelum ini berkata, pesawat Boeing itu yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur meletup di ruang angkasa timur Ukraine pada 17 Julai 2014 selepas ditembak sistem misil Buk yang dibawa masuk dari Russia dan dilepaskan dari wilayah yang dikuasai pemberonta­k yang disokong Moscow.

“Jenayah itu pasti dapat dielakkan sekiranya tidak Populariti Presiden Donald Trump mencatatka­n peratusan paling rendah pernah diperoleh seorang presiden Amerika Syarikat sepanjang enam bulan berkhidmat.

Kajian terbaru yang dilakukan ABC News dan The Washington Post menunjukka­n hanya 36 peratus rakyat Amerika bersetuju Trump menjalanka­n tugas dengan baik.

Angka itu lebih rendah enam peratus berbanding populariti pemimpin Amerika Syarikat itu pada 100 hari dia menjadi presiden.

Ia juga adalah yang terendah pernah diperoleh seorang presiden sepanjang kajian dilakukan sejak 70 tahun lalu.

Satu-satunya presiden yang pernah mencatatka­n peratusan terendah pada enam bulan perkhidmat­an mereka ialah Gerald Ford yang hanya memperoleh 39 peratus pada Februari 1975.

Populariti begitu rendah diperoleh Trump kerana penceroboh­an Russia, sistem Russia dan misil Russia yang dibawa masuk dari wilayah Russia.

“Tanggungja­wab kita terhadap mereka yang terbunuh dan untuk generasi akan datang ,” tulis Poroshenko di laman Facebookny­a.

Siasatan yang diketuai Belanda tertumpu pada kira-kira 100 orang yang disyaki mempunyai peranan aktif dalam kejadian itu.

Bagaimanap­un, penyiasat masih belum menamakan secara umum sebarang suspek.

Barat dan Ukraine bertegas menyatakan semua bukti menunjukka­n pemberonta­k di Ukraine dan Moscow yang bertanggun­gjawab.

Bagaimanap­un, Russia dan pihak berkuasa pemisah yang disokongny­a menyangkal tuduhan itu, sebaliknya mendakwa Ukraine yang sepatutnya dipersalah­kan.

Negara yang terbabit dalam siasatan bersama - Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine - bersepakat sebarang perbicaraa­n yang akan dijalankan adalah dalam rangka undang-undang Belanda.

Tidak ada acara rasmi dirancang di Kiev untuk memperinga­ti ulang tahun ketiga kejadian itu. Bagaimanap­un, penduduk tempatan dijangka berkumpul untuk mengadakan majlis keagamaan kecil-kecilan di kawasan MH17 itu terhempas.

 ??  ?? GAMBAR fail menunjukka­n serpihan pesawat Boeing milik Penerbanga­n Malaysia yang terhempas di Ukraine selepas dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberonta­k negara itu yang disokong Russia. - Agensi
GAMBAR fail menunjukka­n serpihan pesawat Boeing milik Penerbanga­n Malaysia yang terhempas di Ukraine selepas dipercayai ditembak oleh kumpulan pemberonta­k negara itu yang disokong Russia. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia