Harian Metro

Bantahan berterusan

- AFP

Muslim Palestin masih enggan masuki Masjid Al-Aqsa kerana pemasangan pengesan logam, kamera oleh rejim Israel

Penduduk Islam Palestin semalam akur dengan gesaan supaya tidak memasuki pekarangan Al-Haram Al-Sharif.

Mereka juga meneruskan tunjuk perasaan sebagai membantah tindakan rejim Israel memasang pengesan logam di pintu masuk ke kawasan sensitif itu.

Hanya beberapa pelancong dan pelawat beragama Yahudi kelihatan di dalam pekarangan itu.

Penduduk Islam Palestin juga menunaikan solat di luar pekarangan kompleks berkenaan dan mengadakan bantahan seperti yang dilakukan kelmarin kerana tidak mahu melalui pengesan logam yang dipasang di laluan ke Masjid Al-Aqsa.

Ratusan orang dilihat menunaikan solat di luar dua pintu masuk utama ke lokasi itu tengah hari semalam.

Bantahan turut diadakan selepas solat dengan orang ramai melaungkan takbir dan slogan ‘Masjid Aqsa, kami korbankan jiwa dan nyawa!

Israel memasang pengesan logam itu selepas tiga lelaki Palestin menembak mati dua polis Israel.

Mereka kemudian melarikan diri ke pekarangan kompleks itu sebelum ditembak mati oleh polis Israel yang lain.

Susulan itu Israel bertindak menutup masjid berkenaan untuk solat Jumaat, tindakan yang mencetuska­n kemarahan umat Islam dan Jordan selaku penjaga tempat suci berkenaan.

Masjid itu terus ditutup pada Sabtu. Ia dibuka semula Ahad lalu dengan pengesan logam dan kamera keselamata­n dipasang.

Pihak berkuasa Al-Aqsa enggan memasuki masjid berkenaan dan menggesa umat Islam turut berbuat demikian.

Penduduk Islam Palestin menganggap tindakan Israel itu sebagai satu lagi usaha untuk menguasai tempat suci berkenaan. Selain Al-Aqsa, masjid ketiga paling suci bagi umat Islam, Al-Haram Al-Sharif juga menempatka­n Qubbat As-Sakhrah.

 ??  ?? MUSLIM Palestin yang enggan memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa buat hari kedua semalam menunaikan solat di luar di pintu masuk utama ke pekarangan itu di Kota Lama Baitulmaqd­is. - AFP
MUSLIM Palestin yang enggan memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa buat hari kedua semalam menunaikan solat di luar di pintu masuk utama ke pekarangan itu di Kota Lama Baitulmaqd­is. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia