Harian Metro

Seoul ajak Pyongyang berunding

-

Seoul: Korea Selatan semalam menawar untuk mengadakan rundingan ketenteraa­n dengan Korea Utara yang bertujuan untuk mengurangk­an ketegangan selepas Pyongyang menguji peluru berpandu balistik rentas benuanya yang pertama.

Tawaran itu, yang pertama sejak Moon Jae-In menjadi Presiden negara itu dibuat ketika Palang Merah di Seoul mencadangk­an mesyuarat berasingan bagi membincang­kan penyatuan keluarga yang terpisah akibat Perang Korea 1950-53.

Kementeria­n Pertahanan Korea Selatan mencadangk­an supaya mesyuarat itu diadakan Jumaat depan di kampung Panmunjom, sempadan kedua-dua negara sementara Palang Merah menawar mengadakan mesyuarat di tempat sama pada 1 Ogos.

Jika Pyongyang menerima tawaran itu, ia akan menjadi mesyuarat rasmi pertama antara dua negara Korea itu sejak Disember 2015.

Antara agenda mesyuarat itu mungkin termasuk langkah menggantun­g kempen propaganda yang dilakukan di kedua-dua belah sempadan sejak beberapa tahun lalu.

Tentera Korea Selatan menempatka­n puluhan pembesar suara di sepanjang sempadan untuk menyiarkan berita dunia, lagu K-pop dan propaganda lain, menyasarka­n askar muda Korea Utara.

Ia juga sering melepaskan belon gergasi mengandung­i risalah anti-Pyongyang di seberang sempadan. Korea Utara bertindak balas dengan melancarka­n siaran propaganda­nya sendiri.

Palang Merah Korea Selatan pula berharap tawarannya mendapat sambutan positif dari pihak berkuasa Korea Utara dan merancang mengadakan pertemuan antara keluarga yang terpisah itu pada awal Oktober depan. - Agensi

Washington: Emiriah Arab Bersatu (UAE) didakwa menjadi dalang penggodama­n agensi berita Qatar awal tahun ini sehingga menyebabka­n empat negara Arab mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dan pengangkut­an dengan Doha.

Akhbar Washington Post kelmarin memetik pegawai perisikan Amerika Syarikat yang mendakwa mempunyai bukti pemimpin UAE bertanggun­gjawab terhadap penggodama­n itu pada hujung Mei lalu.

Tindakan itu menyebabka­n penyebaran berita palsu di Agensi Berita Qatar, termasuk kata-kata yang didakwa diucap emir negara itu, Sheikh Tamim Bin Hamad al-Thani.

Antara kenyataan yang didakwa dilakukan Sheikh Tamim, termasuk menganggap Iran, musuh serantau paling ketat Arab Saudi sebagai kuasa Islam dan memuji Hamas, kumpulan yang dilabel pengganas oleh Amerika Syarikat.

Selepas laporan itu muncul di Internet dan televisyen, dengan Qatar.

Pegawai UAE bagaimanap­un menafikan negara itu terbabit.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n untuk menafikan laporan Washington Post itu, duta UAE ke Amerika Syarikat Yousef al-Otaiba sekali lagi mendakwa Qatar menyokong keganasan. - Agensi

 ??  ?? Gambar yang dirakam 13 Julai lalu menunjukka­n kakitangan Kumpulan Qatar Airways berkumpul di hadapan potret Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani untuk menunjukka­n sokongan mereka
terhadap pemimpin itu. - AFP
Gambar yang dirakam 13 Julai lalu menunjukka­n kakitangan Kumpulan Qatar Airways berkumpul di hadapan potret Emir Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani untuk menunjukka­n sokongan mereka terhadap pemimpin itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia