Harian Metro

Cabar mental, fizikal

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi sukan@hmetro.com.my Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Simulasi disertai 15 peserta dijalankan semalam bagi menyediaka­n trek terbaik serta mencabar kepada peserta Harian Metro Mountain Bike Grand Prix (HMMTB) siri pertama di Bukit Merah Laketown Resort pada 29 Julai ini.

Pengerusi Kejohanan HMMTB Grand Prix merangkap Pengarang Bersekutu (Rencana) Harian Metro, Husain Jahit berkata, simulasi yang diadakan jam 8.30 pagi itu dimulakan dari pekarangan Bukit Merah Laketown dengan jarak sejauh 48 kilometer menyusuri laluan rasmi perlumbaan.

Menurutnya, berdasarka­n simulasi diadakan semalam menunjukka­n peserta akan berhadapan laluan berbukit bagi tujuh kilometer awal sekali gus memerlukan daya ketahanan tinggi dari segi mental dan fizikal.

“Selepas laluan mencabar itu, peserta akan melalui laluan landai dan terbuka menyusuri laluan kampung dengan pemandanga­n kebun kelapa sawit, sawah padi dan hutan.

“Namun laluan landai dan terbuka yang akan dilalui

(gambar)

peserta juga agak mencabar yang mana mereka akan diuji dengan keadaan laluan yang tidak rata dan berbatu,” katanya.

Husain berkata, laluan trek di Bukit Merah itu adalah laluan pengenalan kepada kejohanan HMMTB sebelum dua kejohanan seterusnya di Selangor dan Terengganu menanti peserta dengan laluan lebih mencabar.

“Walaupun begitu, kami sentiasa menasihat serta mengingatk­an mereka yang menyertai HMMTB di Bukit Merah supaya lebih berhati-hati dan menjaga keselamata­n diri sepanjang perlumbaan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kerian, Rahmat Paimin berkata, seramai 12 anggota APM akan ditugaskan di lokasi kejohanan sekali gus memberikan perkhidmat­an terbaik sepanjang

 15 peserta uji laluan perlumbaan sejauh 48km

ia berlangsun­g.

“APM akan sediakan skuad bermotosik­al di setiap ‘check point’ yang tidak dapat dilalui kereta atau pacuan empat roda bagi memudahkan operasi menyelamat Kuala Lumpur: Permulaan yang baik buat skuad NSTP SC apabila berjaya menumpaska­n musuh tradisi RTM 4-1 pada saingan Kumpulan A Kejohanan Liga Bolasepak Media-TNB 2017 di Padang RRI Sungai Buloh, baru-baru ini.

Penjaring terbanyak kejohanan tahun lalu, Muhammad Ikhsan Putra Burtis terus mempamerka­n bisa penyudah tajam apabila meledak hatrik manakala Mior Azlan Mior Kamarulbai­d turut menyumbang satu gol membantu NSTP SC melakar kemenangan bergaya 4-1.

Satu lagi aksi Kumpulan A pertemuan BERNAMA menentang jika berlaku sebarang kecemasan.

“Sebanyak empat ambulans iaitu dari APM, Jabatan Kesihatan, Bomba The Sun FC berkesudah­an seri 1-1.

Dalam saingan Kumpulan B, Utusan FC menang percuma selepas Persatuan Jurugambar Profesiona­l Malaysia (MPPA) gagal hadir manakala TV3 menang tipis 1-0 ke atas Awani FC.

NSTP SC muncul peneraju Kumpulan A dengan mengumpul tiga mata, BERNAMA FC di kedudukan kedua (1 mata), The Sun FC (1 mata) dan RTM di tempat keempat.

Kumpulan B diungguli Utusan FC (3 mata) manakala TV3 di kedudukan kedua (3 mata), Awani FC dan MPPA masing-masing di kedudukan ketiga dan keempat.

Aksi kedua Kumpulan A Sabtu ini, NSTP SC akan berentap dengan The Sun

manakala BERNAMA akan melayan RTM. Kumpulan B, Utusan akan menguji Awani FC manakala TV3 akan berdepan MPPA. Semua perlawanan akan berlangsun­g di Padang RRI Sungai Buloh.

Muhammad Ikhsan mahu rakannya terus menggandak­an latihan bagi menghadapi dua lagi baki perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang The Sun FC dan BERNAMA.

“Kemenangan ke atas RTM sedikit sebanyak meningkatk­an moral pemain dan saya bertekad mahu meledak gol lagi.

“Saya yakin skuad ini mampu melangkah ke separuh akhir, apapun kami perlu menumpaska­n The Sun Sabtu ini terlebih dulu,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta yang menyertai simulasi semalam.
ANTARA peserta yang menyertai simulasi semalam.
 ??  ?? PEMAIN NSTP SC mendengar arahan jurulatih sebelum menentang RTM, baru-baru ini.
PEMAIN NSTP SC mendengar arahan jurulatih sebelum menentang RTM, baru-baru ini.
 ??  ?? PESERTA ujian simulasi bergambar kenangan.
PESERTA ujian simulasi bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia