Harian Metro

LUKAKU PERLU SERAP TEKANAN

- Reuters

 Carrick percaya masih terlalu awal untuk menilai prestasi bintang baru Red Devils

London

Penyerang Manchester United, Romelu Lukaku perlu menangani ‘lonjakan besar’ selepas berpindah dari Everton ke Old Trafford awal bulan ini, kata kapten kelab Michael Carrick.

Pemain Belgium berusia 24 tahun itu membuat penampilan sulung ketika menewaskan LA Galaxy 5-2 dalam aksi persahabat­an kelmarin dan Carrick yang menyertai United dari Tottenham Hotspur pada 2006, menjangkak­an penyerang itu mampu cemerlang dalam persekitar­an barunya.

“Lonjakan itu amat besar,” kata Carrick. “Saya menyedarin­ya sebaik meninggalk­an Tottenham tapi pengalaman Liga Perdana Inggeris adalah bonus yang amat besar. Dia akan tahu bagaimana perjalanan sistemnya dari minggu ke minggu. Anda hanya perlu berdepan tekanan.

“Masih terlalu awal. Latihan baru dijalankan seminggu dan 45 minit menentang Galaxy jadi anda tidak boleh membuat kesimpulan. Kami sedar bagaimana keadaan dia jadi ia bukan satu kejutan. Kami tahu apa yang akan dibawanya terhadap pasukan dan itulah sebabnya mengapa dia berada di sini.

“Dia tidak akan mengubah corak permainan hanya kerana datang ke sini. Dia melakukan apa yang terbaik dan jelas sekali dia dibawa untuk menjaringk­an gol. Saya yakin dia akan melakukann­ya musim depan.”

United, yang berdepan perlawanan kompetitif terakhir ketika menewaskan Ajax pada Liga Europa, akan memulakan kempen musim depan menentang Real Madrid dalam aksi PIala Super Eropah 8 Ogos ini dan Carrick menggesa kelab itu menyasarka­n lebih banyak trofi musim depan.

“Kami perlu mencabar yang terbaik dan menjadi yang terbaik. Ia perlu menjadi falsafah kelab tidak kira apa yang berlaku, musim ini juga tidak berbeza,” ujar Carrick.

“Kami menamatkan musim lalu dengan trofi. Kami juga berpandang­an positif terhadap kempen kali ini. Kami berdepan kempen Piala Super tidak lama lagi jadi kami perlu fokus terhadapny­a dan musim akan datang.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia