Harian Metro

Peluang terbaik raih enam mata

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Pengendali skuad bawah 22 tahun (B-22) negara Datuk Ong Kim Swee tetap mengharapk­an enam mata berjaya dikutip anak buahnya apabila turun menentang Indonesia dan Mongolia pada Kelayakan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 dengan mengakui Thailand yang tampil selaku tuan rumah pasti sukar digugat.

Menurutnya, aksi pembukaan berdepan Indonesia petang esok amat penting bagi memastikan sasaran menamatkan kedudukan di tangga kedua peringkat kelayakan berjaya sebelum mengintai peluang untuk muncul sebagai lima pasukan terbaik beraksi pada pusingan akhir Shah Alam: Bekas pemain kebangsaan Azlan Johar mengakui kecewa dengan situasi yang perlu dihadapi skuad Bawah 22 (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee apabila berdepan masalah pelepasan pemain. di China tahun depan.

Begitupun, beliau enggan pemainnya menutup sebelah mata terhadap kekuatan kedua-dua pasukan itu apabila mahu pasukan sentiasa fokus sepanjang kejohanan.

“Tiada pasukan yang hadir (kelayakan Piala AFC B-23) mahu kalah dengan masing-masing akan cuba merebut slot untuk layak ke China tahun depan.

“Thailand sudah semestinya dianggap pasukan pilihan berdasarka­n prestasi mereka yang baik ketika ini berbanding pasukan lain dalam kumpulan ini.

“Mungkin peluang terbaik kami untuk cuba meraih kemenangan ke atas dua pasukan (Indonesia dan Mongolia). Bagaimanap­un, kami tak boleh terlalu yakin kerana sedar Indonesia juga melakukan persiapan agak rapi sebelum ke Bangkok.

“Begitu juga Mongolia yang saya anggap pasukan penuh misteri memandangk­an tiada banyak maklumat mengenai mereka. Jadi, saya kira, pemain mesti fokus sejak perlawanan pertama dengan sasaran mengutip tiga mata,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Kim Swee, 47, sebelum ini dihimpit dengan pelbagai isu termasuk masalah mendapatka­n pelepasan pemain dari kelab liga tempatan.

Malaysia dijadualka­n menentang skuad Garuda pada aksi pertama diikuti Thailand (Jumaat) dan Mongolia (Ahad).

Jelasnya lagi, walaupun persediaan pasukan agak pincang kali ini selepas beberapa pemain lewat melaporkan diri kerana terbabit dengan Liga Malaysia, beliau yakin barisan pemain sudah bersedia mempamerka­n

 Kim Swee mahu pemain fokus berdepan Indonesia, Mongolia

aksi terbaik.

“Kejayaan menang ke atas Myanmar pada aksi persahabat­an di Shah Alam tempoh hari sedikit sebanyak menaikkan motivasi pasukan biarpun sebelum itu menghadapi macam-macam dugaan.”

 ??  ?? AZLAN
AZLAN
 ??  ?? SEBAHAGIAN pemain skuad B-22 negara di KLIA sebelum berangkat bagi menghadapi kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok.
SEBAHAGIAN pemain skuad B-22 negara di KLIA sebelum berangkat bagi menghadapi kelayakan Piala AFC B-23 di Bangkok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia