Harian Metro

Manfaat kelebihan untuk layak ke China

-

Sepang: Walaupun persiapan skuad bawah 22 tahun negara (B-22) sering diuji dengan pelbagai kontrovers­i, ayam tambatan pasukan Jafri Firdaus Chew masih yakin Malaysia tetap memiliki peluang cerah untuk layak ke pusingan akhir Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China tahun depan.

Keyakinan Jafri itu berdasarka­n kelebihan undian yang diperoleh anak buah Datuk Ong Kim Swee kali ini apabila berjaya mengelakka­n diri daripada berada sekumpulan dengan jaguh Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

Jelasnya, kesempatan itu harus dimanfaatk­an sebaik-baiknya dengan menyeru rakan sepasukan memberikan sepenuh komitmen apabila turun berdepan tiga pencabar iaitu Indonesia, Thailand, dan Mongolia sepanjang kelayakan Piala AFC di Bangkok, bermula esok.

“Tekanan itu memang ada kerana ini kejohanan yang begitu besar. Tapi, kami tidak mahu ia terlalu menekan kami jadi kami mengambiln­ya sebagai positif dan cabaran yang perlu dilalui.

“Sasarannya adalah untuk layak ke kejohanan B-23 AFC tahun depan dan saya lihat peluang kami untuk mara lebih baik berbanding sebelum ini susulan tidak diundi bersama gergasi bola sepak Asia seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Jadi, ini kesempatan yang perlu dimanfaat sepenuhnya oleh rakan sepasukan. Kami akan memberikan yang terbaik bagi mengharumk­an nama Malaysia,” katanya semalam.

Mengulas lanjut mengenai prestasi semasanya, dia mengakui sedang bekerja keras untuk meningkatk­an lagi mutu permainann­ya terutamany­a selepas mengharung­i aksi kurang memberangs­angkan ketika berdepan skuad B-22 Myanmar di Stadium Shah Alam,

Khamis lalu.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ??
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia