Harian Metro

Drogba Terengganu kemaruk jaringan

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Pemain import baru Terengganu, Tchetche Kipre mengakui dia kian bernafsu untuk meledak gol dan bertekad memburu lebih banyak jaringan apabila pasukannya bertandang ke Stadium Negeri, Kuching bertemu Sarawak dalam aksi Piala Malaysia malam ini.

Pemain kelahiran Ivory Coast yang mula menjadi sebutan dalam kalangan peminat setia skuad Peteh Terengganu Peteh itu sehingga digelar ‘Drogba Terengganu’ juga mengaku dia kian serasi bersama rakan sepasukann­ya.

“Selepas mengharung­i empat perlawanan bersama Terengganu, saya kini bertambah yakin, malah begitu gembira beraksi bersama rakan sepasukan yang dilihat sudah memahami corak permainan masing-masing.

“Ini adalah perkembang­an yang positif buat pasukan selain akan memberi lebih keyakinan kepada saya untuk terus menghasilk­an jaringan bagi membantu Terengganu mencatat kemenangan setiap kali beraksi.

“Justeru, saya berharap dalam pertemuan menentang Sarawak, saya mampu menambah jaringan dan apa yang penting kami perlu pulang dengan tiga mata selepas dua kali seri dalam peringkat kumpulan,” kata Kipre.

Jumaat lalu, bekas penyerang kelab Al-Suwaiq dalam Liga Oman itu berjaya meledak jaringan kedua Terengganu yang juga jaringan pertama

peribadiny­a ketika pasukannya menang besar 4-0 ke atas Perlis dalam saingan Liga Perdana.

Bagaimanap­un, Kipre yang menggantik­an bekas penyerang terdahulu, Federico Falcone tanpa berselindu­ng menyatakan bukan tugas mudah buatnya dan rakan sepasukan untuk melibas skuad Bujang Senang.

“Sarawak beraksi dalam saingan Liga Super dan sudah tentu ada sedikit kelebihan dengan kami yang beraksi dalam saingan Liga Perdana, namun begitu saya tidak mahu perkara itu menjadi penghalang untuk memburu kemenangan.

“Bermain secara berpasukan adalah lebih baik berbanding beraksi secara individu dan berharap rentak kemenangan dapat diteruskan untuk mengukuhka­n kedudukan dalam kumpulan,” kata Kipre.

 ??  ?? KIPRE
KIPRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia