Harian Metro

Penyokong TRW diseru jaga disiplin, imej

- Syaherah Mustafa sukan@hmetro.com.my

Kota Bharu: Kerajaan negeri menasihati penyokong bola sepak Kelantan agar menjaga prestasi sebagai penyokong terbaik di negara ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerajaan Tempatan Perumahan, Belia dan Sukan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, penyokong seharusnya kekal memberi sokongan pada pasukan tanpa melakukan tindakan yang boleh menimbulka­n kekecohan.

Katanya, The Red Warriors (TRW) antara pasukan bola yang memiliki penyokong terbaik dalam memberi sokongan padu pada pasukan mereka.

“Seharusnya mereka menanamkan semangat kesukanan dan menghormat­i penyokong pasukan lawan tidak kira menang atau kalah.

“Sikap segelintir penyokong yang tidak bertanggun­gjawab ini bukan sahaja boleh mencemarka­n imej negeri ini malah nama baik sukan bola sepak negara.

“Penyokong seharusnya bersatu dalam memberi sokongan padu pada pasukan TRW. Jangan hanya menjadi penyokong ketika pasukan berada di atas, tetapi mengutuk ketika jatuh,” katanya ketika ditemui media di Majlis Mesra Aidilfitri Urus setia Belia dan Sukan (U-BeS) bersama warga media, di sini, semalam.

Harian Metro sebelum ini melaporkan insiden membabitka­n penyokong Kelantan dan Perak di Stadium Sultan Muhammad ke-IV baru-baru ini.

Kekecohan bermula selepas tamat perlawanan saingan Liga Super pada jam 11.15 malam, apabila beberapa penyokong Perak dikatakan melakukan provokasi.

Sebelum itu, kedua-dua penyokong hanya bertikam lidah tetapi menjadi ‘panas’ apabila ada penyokong Kelantan dilihat mula bertindak membaling objek. Bagaimanap­un, tidak ada sebarang kecederaan dilaporkan.

Ditanya mengenai prestasi semasa pasukan Kelantan, Abdul Fattah meminta Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengambil tindakan segera untuk menaikkan semula imej bola sepak termasuk mendapatka­n balik sokongan daripada penyokong.

“Isu kewangan juga perlu diselesaik­an segera supaya mutu dan prestasi pemain dapat ditingkatk­an,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia