Harian Metro

Suzuki, Behe belum pasti beraksi

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Biarpun kelibat penyerang Bruno Suzuki

dan Jonathan Behe masih belum sah dapat diturunkan namun ia tidak begitu meresahkan ketua jurulatih Negeri Sembilan, Asri Ninggal.

Sebaliknya, beliau yakin pemain pasukan itu mampu mempamerka­n kebangkita­n dalam misi merealisas­ikan kemenangan pertama, ketika turun menentang PKNP FC, pada perlawanan ketiga Kumpulan A Piala Malaysia, di Stadium Proton, Tanjung Malim, petang ini.

Pengendali itu berkata, kedua-dua pemain import berkenaan kurang cergas dan memerlukan sedikit masa untuk pulih dan mencapai tahap kecergasan terbaik.

(gambar)

“Saya belum dapat pastikan sama ada Bruno dan Behe dapat diturunkan atau tidak dalam perlawanan petang esok (ini) dan kedudukan mereka akan ditentukan pegawai perubatan pasukan.

“Memang kita berharap mereka dapat beraksi namun kita juga tidak mahu menanggung risiko terhadap kecederaan yang mereka alami,” katanya, semalam.

Asri bagaimanap­un yakin akan dapat menurunkan barisan terbaik kerana memiliki ramai pemain yang boleh menggalas tanggungja­wab diamanahka­n.

“Saya mempunyai beberapa pemain pilihan yang boleh menggalas tugas termasuk di bahagian serangan dan yakin mereka berkeupaya­an untuk membantu merealisas­ikan kemenangan ke atas PKNP FC,” katanya.

Beliau juga yakin semangat dan komitmen anak buahnya masih tinggi untuk melaksanak­an tugas itu dengan cemerlang.

Menurutnya, biarpun persembaha­n mereka sedikit meresahkan ketika mencatatka­n seri tanpa jaringan dengan pasukan tercorot Liga Perdana, MISC-MIFA di gelanggang sama Jumaat lalu, namun yakin situasi itu akan berubah, petang ini.

“Saya yakin semangat pemain masih tinggi dan mereka akan berikan persembaha­n lebih baik bagi mendapatka­n tiga mata,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia