Harian Metro

Bisnes semakin rancak

- DARI MUKA 1

“Bagi saya tak ada apa yang perlu dikesalkan.

Tipu kalau saya kata tak rindu nak berlakon semula. Namun, sebagai isteri apa yang paling penting sekarang adalah patuh perintah suami. Apatah lagi dalam dunia lakonan macam-macam boleh terjadi,” katanya.

Hanez berkata, meski tidak berlakon, suaminya tidak menghalang dia menceburi dunia perniagaan.

Lampu hijau diberikan itu dimanfaatk­an Hanez dengan mengusahak­an perniagaan tudung jenama Everyday KL sejak enam bulan lalu.

“Suami mengizinka­n saya berniaga. Alhamdulil­lah, apa yang saya usahakan ini berjalan lancar. Saya pun semakin selesa dengan kerjaya baru ini,” katanya.

Hanez mengakui pada mulanya dia kurang yakin memulakan perniagaan itu kerana bimbang mendapat maklum balas negatif daripada pengguna.

Semuanya gara-gara Hanez dihentam teruk peminat dua tahun lalu apabila didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Romie bersama isteri pertama dahulu.

“Saya berfikir banyak kali untuk menggunaka­n nama sendiri sebagai jenama tudung. Buat sementara waktu saya menggunaka­n nama lain. Insya-Allah untuk koleksi terbaru nanti saya gunakan nama sendiri secara rasmi.

“Suami selalu menasihati agar jangan takut tetapi saya sendiri kurang yakin disebabkan perkara yang berlaku sebelum ini. Namun, apabila rakan mengetahui bisnes ini, mereka memberikan sokongan.

“Daripada situ saya jadi lebih kuat dan bersemanga­t. Sehinggaka­n suami terkejut apabila saya dapat mengusahak­an perniagaan ini. Dia ingat saya tak jadi buat,” katanya.

Hanez yang berkahwin pada 25 Mac 2015 mengakui semakin bahagia bersama suami dan anak sulung mereka Puteri Aleesya yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Menurut Hanez, dia dan suami kini dalam perancanga­n untuk mendapat cahaya mata kedua.

“Sejak tak berlakon masa saya memang banyak dihabiskan bersama keluarga. Kalau dulu saya memang menguruska­n sendiri rumah tangga tanpa pembantu rumah.

“Tapi sejak anak berumur tujuh bulan, baru saya berani menggunaka­n khidmat pembantu. Sekarang, apabila anak sudah besar sedikit, saya pun boleh berjalan-jalan. Tapi tak pernah lagi tinggalkan anak lebih daripada sehari.

“Saya dan suami juga pasang niat menambah zuriat. Semoga ada rezeki ke arah itu,” katanya.

Hanez turut menyifatka­n dakwaan mengatakan rumah tangganya kembali bergolak adalah lucu dan tidak masuk akal.

“Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak aktif dalam industri pun tetap ada yang tidak puas hati. Apa pun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Hanez gosip sebegitu bukan saja menimbulka­n salah sangka orang sekeliling malah boleh membuatkan dia dan suami bergaduh.

Malah kata Hanez, dakwaan yang mengatakan dia memfailkan perceraian awal tahun ini ditimbulka­n pihak tertentu yang dengki dengan kehidupann­ya sekarang. -Sudirman Mohd Tahir

 ??  ??
 ??  ?? Saya pun tidak faham kenapa
ada pihak yang dengki dan suka buat
cerita tidak betul mengenai
rumah tangga saya. Saya tidak aktif dalam industri pun tetap ada yang tidak puas hati
HANEZ bersama suami, Romie.
Saya pun tidak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tidak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tidak aktif dalam industri pun tetap ada yang tidak puas hati HANEZ bersama suami, Romie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia