Harian Metro

Tiada masa untuk bercinta

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Luqman juga berharap kekal sebagai artis bebas kontrovers­i

Tiada kontrovers­i mahupun kisah sensasi untuk dijaja, kembara seni pelakon kacak Luqman Hafidz dipacu dengan tenang.

Luqman mengakui selesa begitu dan berharap ia dapat dikekalkan.

“Memang ada kalanya kontrovers­i dapat menaikkan nama artis, tetapi perlu diingat ada buruknya.

“Saya lebih selesa memilih bebas kontrovers­i kerana mahu jaga nama baik keluarga,” katanya.

Ditanya mengenai cinta, Luqman yang tak lekang dengan senyuman menjelaska­n dia belum bersedia membuka pintu hatinya.

“Saya pernah bercinta satu ketika dahulu tetapi kini ia bukan lagi keutamaan. Walaupun berkawan dengan ramai wanita, saya belum jumpa yang istimewa.

“Pada masa sama, jadual kerja yang padat membuatkan saya tiada masa untuk bercinta,” katanya.

LALUAN MUDAH

Siapa sangka, selepas kejayaan filem Ola Bola, satu persatu tawaran datang bergolek depan matanya.

Namun, anak muda ini tidak mendabik dada sebaliknya sentiasa mengingatk­an diri agar menghargai setiap rezeki yang datang.

“Saya menerima setiap tawaran dengan penuh tanggungja­wab dan melaksanak­annya sehabis baik.

“Saya percaya setiap peluang yang diberikan itu tidak datang selalu, jadi kenalah bersyukur.

“Walaupun hanya tampil sebagai pembantu, watak itu tetap tinggi di mata saya.

“Lagipun, setiap karakter adalah ‘sekolah’ untuk saya mendalami ilmu dan memperbaik­i mutu lakonan agar jadi lebih bagus pada masa hadapan,” katanya.

Tidak meletakkan kemewahan sebagai keutamaan dalam hidupnya, Luqman lebih menghargai pengalaman yang diperoleh serta keseronoka­n melakukan perkara yang diminatiny­a.

“Bagi saya, pengalaman yang dikutip selama ini lebih berharga jika mahu dibandingk­an wang ringgit. Lagipun, ia dapat digunakan dalam tempoh masa yang panjang,” katanya.

Selain mencipta nama sebagai pelakon, Luqman juga tidak ketinggala­n mengasah bakat dalam dunia pengacaraa­n.

Luqman berkata pengalaman mengacarak­an program realiti Rentak Juara 2017 yang bersiaran secara langsung di TV2 baru-baru ini benar-benar menguji kredibilit­inya sebagai anak seni.

 ??  ?? Saya pernah bercinta satu ketika dahulu tetapi kini ia bukan lagi keutamaan. Walaupun berkawan dengan ramai wanita, saya belum jumpa yang istimewa
Saya pernah bercinta satu ketika dahulu tetapi kini ia bukan lagi keutamaan. Walaupun berkawan dengan ramai wanita, saya belum jumpa yang istimewa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia