Harian Metro

Tangani isu sekuriti makanan

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Persidanga­n Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu

(FAO) kali ke-40 diadakan bagi menangani isu sekuriti makanan dan perubahan iklim yang mempengaru­hi pengeluara­n makanan.

Menariknya persidanga­n itu bertemakan Perubahan Iklim, Pertanian dan Keselamata­n Makanan.

Malaysia yang mengambil bahagian pada persidanga­n itu menyeru masyarakat dunia untuk mengambil langkah perlu bagi menangani fenomena perubahan iklim.

Ia supaya tidak menjejaska­n penghasila­n dan sekuriti makanan serta pendapatan petani terutama di negara membangun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin

Abdul Rahman berkata, pelbagai usaha dilaksanak­an kerajaan Malaysia dalam menangani masalah perubahan iklim yang turut memberi kesan ke atas sektor pertanian negara.

“Kita perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk menangani perubahan iklim terutama kesannya kepada pertanian dan sekuriti makanan yang boleh menjejaska­n usaha kita untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan.

“Melalui inisiatif ini, kemiskinan global dapat dikurangka­n dan bekalan makanan lebih terjamin,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n FAO di Rome, Itali, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Datuk Mohd Sallehhudd­in Hassan.

Tajuddin mengetuai delegasi Malaysia ke Persidanga­n FAO yang diadakan dari 3 hingga

8 Julai lalu. Persidanga­n

FAO diadakan secara dwitahunan antara forum untuk membincang­kan dasar, hala tuju dan mekanisme pelaksanaa­n FAO di peringkat pusat.

 ??  ?? TAJUDDIN ketika berucap pada Persidanga­n FAO.
TAJUDDIN ketika berucap pada Persidanga­n FAO.
 ??  ?? SEBAHAGIAN delegasi negara yang hadir.
SEBAHAGIAN delegasi negara yang hadir.
 ??  ?? TAJUDDIN dan wakil FAO Dr Kundhavi Kadiresan menandatan­gani dokumen.
TAJUDDIN dan wakil FAO Dr Kundhavi Kadiresan menandatan­gani dokumen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia