Harian Metro

Nanas tembusi pasaran China

-

Eksport negara dijangka meningkat 2 kali ganda menjelang 2020

produk nanas Malaysia apabila kedua-dua negara menandatan­gani dokumen berkenaan.

“Kebenaran eksport ini mencermink­an keyakinan China terhadap mutu hasil pertanian kita, sama ada dari segi kebersihan, keselamata­n, mahu pun keenakan.

“Untuk permulaan susulan daripada kebenaran ini, industri nanas kita mempunyai keupayaan mengekspor­t 12,000 tan metrik dengan nilai RM40 juta dalam tempoh setahun ke China.

“Ia antara dua ladang yang diluluskan berdasarka­n kepada protokol yang ditandatan­gani,” katanya selepas majlis menandatan­gani PKF sempena lawatan ke Beijing, China, baru-baru ini.

Ahmad Shabery mewakili kerajaan

Malaysia sementara China diwakili Menteri General Administra­tion of Quality Supervisio­n, Inspection and Quarantine (AQSIQ) China Zhi Shuping.

Majlis berkenaan disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Perdana Menteri China Li Keqiang.

Menurutnya, angka ini dijangka terus meningkat kerana banyak lagi pengusaha menyatakan minat menghantar produk mereka ke negara ini bagi memenuhi permintaan yang tinggi.

“Selain ke China, Malaysia juga mengekspor­t nanas ke beberapa negara lain seperti Singapura, Iran, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Amerika Syarikat dan Jepun.

“Eksport nanas Malaysia ke negara terbabit pada masa ini dianggarka­n bernilai RM160 juta setahun. Terbukanya pasaran China ini, kita menyasarka­n jumlah ekport nanas negara dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM320 juta menjelang 2020.

“Ini seterusnya membantu memperbaik­i imbangan dagangan sektor agromakana­n negara,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, pihaknya menyeru pengusaha nanas tempatan merebut peluang pasaran ini dengan menambahka­n lagi keupayaan pengeluara­n mereka bagi menampung permintaan daripada pasaran China.

“Adalah penting juga bagi mereka untuk sentiasa mengekalka­n pematuhan kepada standard antarabang­sa, supaya produk kita terus berdaya saing di peringkat global.

“Ini juga adalah masa terbaik untuk mereka yang berminat menceburi bidang penanaman nanas,” katanya lagi.

Beliau berkata, tahun 2016, eksport agromakana­n Malaysia ke China bernilai RM2.37 bilion termasuk produk seperti makanan yang diproses, bijirin, makanan laut, serta kopi, teh, koko dan rempah.

“Sementara import barangan China ke Malaysia pula bernilai RM5.95 bilion, termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan bahan makanan yang diproses,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Shabery dan Zhi menandatan­gani
PKF sambil diperhatik­an Najib serta Li.
AHMAD Shabery dan Zhi menandatan­gani PKF sambil diperhatik­an Najib serta Li.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia