Harian Metro

AINAA ‘PEJUANG’ ADAT MELAYU

- Nor Hanisah Kamaruzama­n

Tiga tahun berada di bumi asing membuka peluang Mazelin Mustafa,

23, menjalanka­n pelbagai aktiviti bermanfaat di luar waktu kuliah.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan undang-undang di University of Manchester, United Kingdom (UK) ini menyertai tenaga pengajar di Sekolah Komuniti Malaysia pada setiap hujung minggu.

“Sejak tahun kedua di Manchester, saya aktif menyertai aktiviti luar kampus seperti menjadi pembantu guru di Sekolah Komuniti Malaysia.

“Pada setiap Sabtu bermula jam 10 pagi hingga 1.20 tengah hari saya akan berada di sana dan membantu tenaga pengajar mendidik anak Malaysia yang tinggal di sini seperti mengajar subjek bahasa Melayu, pendidikan Islam dan moral.

“Sekolah ini adalah usaha bersama komuniti Malaysia di sini bagi mendedahka­n anak dengan bahasa dan budaya kita yang tidak diajar di sekolah harian mereka. Rata-rata pelajar yang hadir berumur seawal tiga tahun hingga 15 tahun,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Anak bongsu daripada enam beradik ini turut menambah, perkataan penat atau letih tidak pernah wujud sepanjang memerah keringat membantu tenaga pengajar kerana dapat mengenali lebih ramai rakyat Malaysia yang tinggal di sana.

“Bergelar pembantu guru membuka mata dan peluang bagi saya untuk mengenal anak Malaysia dengan lebih dekat selain meluaskan rangkaian kenalan dengan penduduk Malaysia di sini,” katanya.

Selain menjadi sukarelawa­n di Sekolah Komuniti Malaysia, Ainaa turut aktif membabitka­n diri dengan persatuan dan program kebudayaan di dalam kampus.

“Pada tahun pertama University of Manchester saya menyertai kelab ‘Malay Language dan Culture Society’ kerana teruja untuk memperkena­lkan budaya dan bahasa kita kepada rakan di universiti.

“Tahun kedua pula saya aktif menjadi penulis skrip untuk ‘Malaysian

Sertai tenaga pengajar di Sekolah Komuniti Malaysia pada setiap hujung minggu

Night’ yang menampilka­n pelbagai kesenian seperti teater. Hasil usaha ini juga dapat membantu saya lebih mendedahka­n budaya dan adat resam kita kepada penuntut dari negara lain,” katanya.

Selain itu, Ainaa turut aktif melancong dan melawat sekitar tempat menarik di Eropah kerana tidak mahu melepaskan peluang sepanjang berada disana.

“Kesempatan belajar di UK ini saya ambil untuk berkunjung ke tempat menarik di sekitar Eropah seperti Austria kerana inilah masa dan kesempatan yang ada sebelum pulang ke Malaysia,” katanya.

Gadis muda yang mendapat tajaan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) ini bakal pulang ke Malaysia selepas mendapat ijazah pada 21 Julai ini dan bercadang memulakan kerjaya sebagai peguam tidak lama lagi.

 ??  ?? AINA beraya di perantauan.
AINA beraya di perantauan.
 ??  ?? TURUT terbabit dengan program kemasyarak­atan.
TURUT terbabit dengan program kemasyarak­atan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia