Harian Metro

Atasi masalah kulit penduduk dunia

Projek beri penjagaan dermatolog­i kepada golongan terjejas akibat kesukaran hidup

- -Yusliza Yakimir Abd Talib

Apabila berdepan krisis kemanusiaa­n atau bencana, komuniti kurang bernasib baik dan hidup dihimpit kemiskinan adalah kelompok yang akan diberi perhatian oleh banyak pihak.

Bagaimanap­un, bantuan yang sering diberi adalah keperluan bagi kelangsung­an hidup mereka yang terjejas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Tidak ramai yang menyedari apabila berdepan krisis atau situasi kecemasan, penjagaan kulit menjadi perkara terakhir untuk dititikber­atkan sedangkan ia sama penting dengan keperluan lain.

Oleh itu, bagi membantu komuniti di Malaysia untuk memiliki kulit yang sihat semula, Vaseline melancarka­n bantuan global, Vaseline Healing Project, buat pertama kali di negara ini, barubaru ini.

Kempen itu adalah usaha sama di arena tempatan dengan organisasi bantuan sukarela HOPE Worldwide Malaysia, yang turut disertai selebriti aktivis sosial Malaysia, Daphne Iking.

Vaseline Healing

Project adalah satu inisiatif global yang direka untuk memberikan penjagaan dermatolog­i kepada mereka yang terjejas akibat keadaan hidup yang sukar dan sedang pulih daripada situasi kecemasan.

Hari ini, Malaysia menyertai misi global jenama ini untuk menyembuhk­an kulit lima juta orang menjelang 2020, bersama inisiatif lain yang sedang berlangsun­g dari Jordan hingga ke Afrika Selatan.

Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd Vincent Chong berkata, Vaseline membantu meningkatk­an kesihatan kulit selama lebih 140 tahun dengan jeli petroleum unik yang melembap dan memulihkan kulit dari dalam ke luar.

Oleh itu katanya, melalui Vaseline Healing Project di Malaysia diharap bukan hanya berupaya untuk berkongsi sifat pemulihan unik jeli Vaseline tetapi turut berpeluang memainkan peranan yang lebih besar dalam memberikan penjagaan dermatolog­i sempurna kepada mereka yang memerlukan­nya.

“Projek ini akan menyokong Program Perubatan HOPE Worldwide Malaysia, iaitu perkhidmat­an untuk komuniti kurang bernasib baik dan terjejas yang bukan hanya memberikan mereka akses kepada penjagaan kesihatan asas secara percuma, tetapi juga pendidikan mengenai sanitasi dan kebersihan.

“Kami turut menggalakk­an pengguna untuk beramai-ramai menyertai inisiatif ini dengan menyediaka­n platform bagi mereka menghulurk­an bantuan melalui Vaseline Healing Project.

“Bermula dari 1 Jun hingga 31 Ogos, pengguna boleh menderma ke Vaseline Healing Project di Malaysia dengan membeli sebarang produk Vaseline. Bagi setiap pembelian, sebanyak RM1 akan didermakan kepada projek itu,” katanya.

Sementara itu,

Pengarah Negara HOPE Worldwide Malaysia, Darick Wong berkata, organisasi itu berbesar hati kerana dapat menjadi rakan program mengagumka­n yang membolehka­n pihaknya memberikan penjagaan dermatolog­i kepada mereka yang memerlukan dari komuniti miskin bandar hingga ke kampung Orang Asli dan masyarakat terpinggir di Sabah, Sarawak serta Labuan.

“Penyembuha­n sejauh ribuan batu ini akan membawa peningkata­n dalam penjagaan kulit yang amat diperlukan oleh ramai keluarga,” katanya.

Vaseline Healing

Project adalah usaha bantuan menyediaka­n penjagaan dermatolog­i, produk Vaseline dan bekalan perubatan serta latihan kesihatan kulit yang diperlukan untuk membantu menyembuhk­an kulit

Kami turut menggalakk­an pengguna untuk beramai-ramai menyertai inisiatif ini dengan menyediaka­n platform bagi mereka menghulurk­an bantuan melalui Vaseline Healing Project

chong

mereka yang hidup dalam kemiskinan atau berdepan situasi kecemasan di seluruh dunia.

Menurut kajian Direct Relief, 67 peratus pekerja kesihatan di barisan depan krisis dan bencana mengatakan keadaan kulit yang boleh dicegah membuatkan orang ramai melakukan perkara biasa seperti bekerja atau hadir ke sekolah.

Kira-kira 82 peratus pekerja kesihatan yang dikaji juga percaya akses yang lebih baik kepada jeli petroleum akan meningkatk­an keupayaan organisasi mereka untuk merawat pesakit dengan penyakit kulit, tetapi 84 peratus mengatakan ia tidak dapat diakses dan tidak mampu dibeli pesakit yang dirawat.

MISI DI SELURUH DUNIA

Pada 2017, Vaseline Healing Project merancangk­an misi di Jordan, Afrika Selatan, India, Indonesia, Thailand, Filipina, Mexico dan

Detroit di Michigan, Amerika Syarikat (AS).

Pada 2015, dua ahli dermatolog­i mengetuai misi ke pelbagai klinik termasuk khemah pelarian Syria terbesar, Zaatari di Jordan untuk menyediaka­n penjagaan dermatolog­i yang diperlukan.

Antara masalah kulit yang sering dihadapi pelarian itu termasuk kudis dan kutu hingga jangkitan kulat, keadaan kulit berkaitan iklim kering dan ekstrim seperti ekzema dan dermatitis xerotik. Jeli Vaseline dan produk penjagaan diri lain didermakan untuk merawat kulit kering, luka, luka bakar, luka dan rekah.

Di Afrika Selatan, terdapat hanya 250 ahli dermatolog­i terlatih berkhidmat untuk lebih 54 juta penduduk. Statistik ini sangat mengejutka­n memandangk­an masalah kulit adalah salah satu daripada lima keadaan paling biasa yang dilihat dalam penjagaan kesihatan utama di rantau itu. Bagaimanap­un, latihan profesiona­l untuk doktor dan jururawat di barisan depan tidak dapat diberikan secukupnya.

Di KwaZulu-Natal (KZN), sebuah wilayah di pantai timur Afrika Selatan, hanya ada 30 pakar dermatolog­i terlatih yang berkhidmat untuk masyarakat berjumlah

10.7 juta orang. Disebabkan penyakit seperti HIV dan tuberkulos­is di rantau ini, sehingga 85 peratus pesakit datang ke klinik awam dengan isu dermatolog­i.

Diketuai oleh pakar dermatolog­i tempatan terkemuka Prof Ncoza Dlova, projek ini memberikan latihan dermatolog­i yang sangat diperlukan kepada jururawat, membolehka­n mereka mengenalpa­sti dan membantu menyembuhk­an kulit sejak awal, sebelum masalah menjadi lebih kompleks.

Bagi projek di India, program itu menyediaka­n klinik bergerak di kawasan miskin dan luar bandar di India Selatan. Ramai penduduk yang datang ke klinik bergerak mengakui itu adalah kali pertama mereka berpeluang berjumpa doktor.

Sepanjang seminggu, seramai 7,810 orang datang klinik. Doktor mendiagnos­is dan merawat pelbagai keadaan dan penyakit, termasuk isu dermatolog­i serta banyak masalah perubatan yang penting. Antara keadaan yang paling biasa dijumpai ialah ekzema, xerosis, dermafitos­is dan yang membimbang­kan ialah 13 kes baru kusta.

Untuk maklumat lanjut mengenai Vaseline dan Vaseline Healing Project di Malaysia, atau cara anda boleh memainkan peranan, layari www. vaseline.com.my/ healingpro­ject.

 ??  ??
 ??  ?? SEORANG doktor di Jordan menyantuni kanak-kanak miskin.
SEORANG doktor di Jordan menyantuni kanak-kanak miskin.
 ??  ?? CHONG (kanan), Daphne (tengah) dan Wong ketika melancarka­n Vaseline Healing Project.
CHONG (kanan), Daphne (tengah) dan Wong ketika melancarka­n Vaseline Healing Project.
 ??  ?? KANAK-kanak miskin di India menerima bantuan Vaseline.
KANAK-kanak miskin di India menerima bantuan Vaseline.
 ??  ?? DAPHNE turut serta dalam projek.
DAPHNE turut serta dalam projek.
 ??  ?? PASUKAN perubatan melakukan pemeriksaa­n kulit kanak-kanak.
PASUKAN perubatan melakukan pemeriksaa­n kulit kanak-kanak.
 ??  ?? ANTARA masalah kulit yang berlaku dalam kalangan penduduk miskin di India.
ANTARA masalah kulit yang berlaku dalam kalangan penduduk miskin di India.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia