Harian Metro

Kerjasama program pemeriksaa­n kanser payudara

-

Etiqa dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) baru-baru ini menandatan­gani perjanjian perkongsia­n baru untuk melancarka­n program pemeriksaa­n kanser payudara percuma.

Perjanjian bernilai RM1.67 juta untuk tempoh setahun itu bakal memberi manfaat kepada 5,000 wanita kurang berkemampu­an berumur 40 tahun dan ke atas.

Inisiatif nasional ini sebahagian daripada komitmen tanggungja­wab korporat (CR) Etiqa terhadap kehidupan sihat di bawah program Etiqa Cares.

Sebagai badan korporat pertama yang bekerjasam­a dengan NCSM untuk menawarkan mamogram berskala besar ini, Etiqa mahu meningkatk­an kesedaran wanita yang kurang berkemampu­an mengenai pentingnya pengesanan awal dalam meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup pesakit kanser payudara.

Wanita yang layak di dalam program ini akan dibawa ke Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan

NCSM di Kuala Lumpur atau hospital yang dilantik di seluruh Semenanjun­g Malaysia untuk mendapatka­n khidmat mamogram percuma.

Pengerusi Etiqa Insurance Berhad dan Etiqa Takaful Berhad Datuk R Karunakara­n ketika ucapannya menyeru semua wanita untuk memeriksa dan memastikan status kesihatan mereka melalui pemeriksaa­n berkala kerana pengesanan awal dapat meningkatk­an kadar kelangsung­an hidup pesakit.

Katanya, tuntutan insurans untuk kanser adalah yang tertinggi di antara semua tuntutan penyakit kritikal dan ia menyumbang sebanyak 86 peratus daripada tuntutan insurans penyakit kritikal wanita, manakala tuntutan kanser payudara adalah tertinggi iaitu 48 peratus.

Dalam pada itu,

Penaung NCSM Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kehilangan nyawa sering terjadi apabila pengesanan lewat dilakukan, apatah lagi kanser payudara adalah kanser paling kerap didiagnosi­s.

Justeru, jika dikesan pada peringkat awal, ia dapat dirawat dengan berkesan, seterusnya memungkink­an kadar kelangsung­an hidup yang tinggi.

“Ekonomi Malaysia mungkin menghadapi beberapa cabaran dan badan amal secara keseluruha­nnya bersedia menghadapi masa yang sukar.

“Walaupun banyak perniagaan mengamalka­n polisi ‘ikat perut’, beberapa syarikat seperti Etiqa bersedia menjadi penyumbang besar kepada masyarakat. Kami kagum dengan pilihan Etiqa untuk tidak berkomprom­i terhadap kesihatan wanita, dan persatuan ini bangga menjadi sebahagian daripada usaha ini,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Ageas Holdings Berhad, Kamaludin

Ahmad dan Presiden dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr Saunthari Somasundar­am.

Menurutnya, perjuangan menentang kanser ini memerlukan bekerjasam­a dari pelbagai sektor, justeru selain menjadi pelengkap kepada inisiatif pemeriksaa­n kanser kerajaan, program ini juga menyatukan sektor kesihatan swasta, NGO dan korporat, dan menjadi contoh kerjasama yang hebat.

Sementara itu Kamaludin berkata, Etiqa mensasarka­n untuk memberi pendidikan terhadap komuniti terpinggir sama ada penduduk bandar mahupun luar bandar bagi mendapatka­n perkhidmat­an mamogram daripada program ini.

 ??  ?? RAFIDAH mewakili NCSM memeterai perjanjian bersama Karunakara­n disaksikan Kamaludin (kiri) dan Dr Saunthari (kanan).
RAFIDAH mewakili NCSM memeterai perjanjian bersama Karunakara­n disaksikan Kamaludin (kiri) dan Dr Saunthari (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia