Harian Metro

Pertanding­an satukan kembali 2 sahabat

-

Dalam semangat perpaduan dan kebersamaa­n, Bosch menyatukan kembali dua sahabat yang terpisah melalui pertanding­an Bosch Balik Kampung Percuma pada Aidilfitri lalu.

Peraduan dianjurkan Bosch Automotive Aftermarke­t dengan kerjasama Riding Pink, platform berkongsi perjalanan oleh wanita untuk wanita, memerlukan peserta untuk menyiarkan gambar hari raya terbaik mereka sdengan kapsyen pada halaman Facebook Riding Pink pada Mei lalu menarik Stella Chu untuk turut serta.

Menurutnya, dia yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur tidak pernah merasai pengalaman berhari raya di kampung dan selalu memikirkan membuat kunjungan mengejut ke rumah rakan yang sudah lama tidak dihubungi di kampungnya di Marang, Terengganu semasa Aidilfitri.

“Bagaimanap­un, seperti biasa, pengangkut­an awam selalunya habis ditempah. Oleh itu, apabila saya membaca mengenai peraduan ini secara dalam talian, saya memutuskan untuk mencuba nasib,” katanya.

Stella dan Atikah adalah bekas rakan sekerja di sebuah syarikat multinasio­nal beberapa tahun lalu dan terus berhubung melalui media sosial sejak beliau melanjutka­n pelajaran.

“Ini satu kejutan yang menyenangk­an apabila Ellissa muncul di depan pintu rumah pada hari raya ketiga dan ini pengalaman Aidilfitri yang terbaik saya pernah rasai,” kata Atikah.

Mengulas lanjut mengenai perjumpaan semula rakan lama itu, Pengurus Pemasaran Selepas Pasaran Automotif Bosch, Go Boon Wah berkata, syarikat itu teruja kerana inisiatif terbabit membawa kegembiraa­n kepada peserta.

Beliau berkata, peraduan itu juga menyatukan sembilan lagi rakyat Malaysia dengan rakan dan ahli keluarga mereka di seluruh Malaysia Barat.

Selaras kempen Bosch untuk mengingatk­an pengguna jalan raya agar memastikan keselamata­n kenderaan sebelum membuat sebarang perjalanan, ia turut melakukan penyelengg­araan ke atas semua kenderaan Riding Pink yang terbabit dalam kempen itu.

“Ini bagi memastikan semua orang dapat tiba ke destinasi masing-masing dengan selamat, sejajar kempen keselamata­n kenderaan Selepas

Pasaran Automotif Bosch ‘One Wrong Part Ruins Everything’,” katanya.

 ??  ?? KENDERAAN Riding Pink diselengga­ra terlebih dulu bagi memastikan keselamata­n.
KENDERAAN Riding Pink diselengga­ra terlebih dulu bagi memastikan keselamata­n.
 ??  ?? ATIKAH (kiri) dan keluarga terharu menerima kunjungan Stella (tiga dari kiri) pada hari raya.
ATIKAH (kiri) dan keluarga terharu menerima kunjungan Stella (tiga dari kiri) pada hari raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia