Harian Metro

Walkaton selamatkan kota

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pengembara­an baru menanti kanak-kanak dan ibu bapa tahun ini apabila Urban Health dan HANKidz Zone bergabung semula untuk membawa Kidzathon 2, walkaton pendidikan unik Malaysia yang menggabung­kan latihan dan pendidikan.

Tahun ini, walkaton ini bakal melihat kanak-kanak dan ibu bapa memulakan pengembara­an ‘Heroes

In The City’ dalam usaha membantu Koby, maskot Kidzathon menyelamat­kan kota dari penjahat dengan bantuan tujuh rakan adiwiranya.

Program itu juga bagi mempromosi dan meningkatk­an kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia sambil memperkuat ikatan antara ibu bapa dan anak melalui penyertaan dalam aktiviti luar yang menyeronok­kan.

Terdapat juga pemeriksaa­n kesihatan percuma, persembaha­n pentas, gerai penaja, makanan dan permainan dengan hadiah menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif Urban Health Sdn Bhd Aiveen Wong berkata, tahun lalu Kidzathon menyaksika­n penyertaan yang luar biasa dan pembabitan ibu bapa dan kanak-kanak menikmati masa bersama serta belajar mengenai dunia melalui aktiviti yang menyeronok­kan semasa berjalan.

“Tahun ini, kami memilih tema Heroes In

The City dengan tujuan menggalakk­an kanakkanak untuk menjadi berani dan percaya mereka boleh memainkan peranan dan bertanggun­gjawab.

“Melalui aktiviti berjalan ini, kanak-kanak dapat mengetahui pentingnya kerja berpasukan, komitmen, keberanian dan kesabaran manakala ibu bapa menjadi pembantu kepada anak mereka dalam menyelesai­kan perjalanan sejauh dua kilometer (km),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas HANKidz

Zone Sdn Bhd, Coach Hanky menambah, dalam setiap dari setiap orang ada hero atau adiwira masing-masing dan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana ia mewakili keyakinan dan kepercayaa­n diri mereka.

“Oleh itu, tahun ini kami akan melepaskan adiwira dari dalam diri mereka sambil berseronok dalam pengembara­an yang menakjubka­n.

“Saya yakin ibu bapa akan menyaksika­n sendiri anak mereka aktif secara fizikal dan komited untuk menyelesai­kan misi mereka. Saya tidak sabar melihat beribu-ribu pahlawan datang menyelamat­kan bandar mereka,” katanya.

Pengembara­an itu berlangsun­g sepanjang laluan dua km di Desa Park City, Kuala Lumpur pada 29 Oktober ini bermula jam 7 pagi dengan anggaran penyertaan 2,000 peserta.

HANKidz Zone mewujudkan cabaran yang mana setiap pasukan ibu bapa dan anak akan melawat beberapa stesen untuk mengumpulk­an lencana pin khas sebagai sebahagian daripada misi mereka dalam membantu Koby dan tujuh rakan adiwiranya.

Terdapat tiga kategori umur untuk kanak-kanak iaitu mereka berumur empat hingga enam tahun, tujuh hingga sembilan tahun dan 10 hingga 12 tahun.

“Tema itu juga bagi menyampaik­an mesej penting bahawa setiap kanak-kanak adalah wira. Diharapkan dengan kejayaan misi kanakkanak ini bersama ibu bapa mereka akan meningkatk­an harga diri dan mendorong mereka untuk mencari nilai dan keyakinan diri,” kata Wong.

Sementara itu, bagi penyertaan awal tiket dijual pada RM95 untuk 100 pasukan terawal seorang dewasa dan seorang anak, manakala tiket penyertaan selanjutny­a berjumlah RM105 untuk setiap pasukan. Tiket berharga RM130 pula bagi pakej keluarga (dua dewasa seorang kanak-kanak).

 ??  ?? PELANCARAN dan pengenalan maskot Koby.
PELANCARAN dan pengenalan maskot Koby.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia