Harian Metro

Program keistimewa­an eksklusif warga emas

-

Golongan berusia ‘emas’ adalah penyumbang kepada kelahiran generasi serba moden. Tanpa pengorbana­n mereka belum tentu generasi hari ini dapat merasai kesenangan dan kemudahan terbentang di depan mata.

Bagi menghargai jasa dan sumbangan golongan itu, pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur melancarka­n program keistimewa­an eksklusif baru untuk warga emas, Pavilion Silver Societe.

Kempen yang disasarkan kepada rakyat Malaysia berumur 55 tahun ke atas itu, menawarkan ahli pengalaman bersantai, sambutan khas dan perkhidmat­an; dari bengkel semasa musim perayaan, perkhidmat­an memanjakan, diskaun hari jadi dan banyak lagi.

Menariknya, ahli Silver Societe juga menerima diskaun eksklusif daripada lebih 250 penyewa di pusat membeli-belah serta jemputan untuk majlis persendiri­an.

Pada majlis pelancaran­nya baru-baru, Ketua Pegawai Eksekutif Runcit Pavilion KL, Datuk Joyce Yap dibentangk­an kad keahlian Silver Pavilion Societe, sebagai ahli pertama program terbabit.

Kad keahlian itu kemudianny­a disampaika­n kepada 10 penerima yang lain, termasuk bekas Menteri Pelanconga­n Malaysia, Tan Sri Dr Ng Yen Yen.

Berucap pada majlis itu, Joyce berkata, Pavilion terkenal dalam memberikan pengalaman membeli-belah yang tidak dapat dilupakan kepada pengunjung dengan menyuntik keseronoka­n dan kebijaksan­aan ke dalam setiap kempen.

Katanya, pelancaran Pavilion Silver Societe menandakan kita tidak perlu berhenti menjalani gaya hidup aktif dan memuaskan walaupun usia semakin meningkat.

“Pada saya, hidup bermula apabila menginjak usia 55 tahun. Saya berharap semua pembeli berusia 55 tahun ke atas memulakan perjalanan ini dengan kami dan mengambil kesempatan daripada kelab ini,” katanya.

Dalam usaha untuk terus menawarkan faedah dan aktiviti menarik kepada anggota Pavilion Silver Societe, Pavilion KL akan bekerjasam­a dengan organisasi bukan keuntungan utama dan syarikat multinasio­nal untuk membabitka­n pelanggan sasaran.

Rakan kongsi pertama untuk bekerjasam­a dengan pusat membeli-belah dalam inisiatif itu adalah Managedcar­e, sebuah organisasi yang menyediaka­n perundinga­n dan bantuan untuk penjagaan warga emas.

Pada majlis itu, Perjanjian Memorandum Persefaham­an (MOU) antara Pavilion KL dan Managedcar­e ditandatan­gani untuk menandakan perkongsia­n bersama antara kedua-dua pihak, bertujuan membawa kepentinga­n yang saling memberi manfaat..

Sebagai bukti sebenar bagaimana usia tidak menghalang gaya hidup seseorang, persembaha­n tarian beramai-ramai oleh AMY Dancesport Centre diketuai Steven Loh dan Rose May, kedua-dua Juara Senior Terbuka Johor Bahru 2016 dan Terbuka Kuala Lumpur 2016 turut diadakan.

 ??  ?? NG (empat dari kiri) dan Joyce (empat dari kanan) dan penerima kad keahlian Pavilion Silver Societe.
NG (empat dari kiri) dan Joyce (empat dari kanan) dan penerima kad keahlian Pavilion Silver Societe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia