Harian Metro

MeRaikan bulan Bumi

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Setiap kali berpeluang bercuti ke negara orang, antara perkara sampingan yang menjadi agenda wajib penulis adalah meninjau taman bunga dan taman rekreasi sebanyak mungkin. Penulis selalu kagum dengan usaha beberapa negara yang pernah dikunjungi dalam menjaga khazanah alam, bukan sekadar kesejahter­aan hutan malah pokok ditanam di tepi jalan juga diberikan penjagaan rapi.

Pada musim dingin contohnya, pangkal pokok di tepi jalan utama di tengah bandar khususnya akan ‘diselimut’ dan diberikan rawatan tertentu bagi memastikan ia terus mampu bertahan mengharung­i kedinginan yang boleh mencecah di bawah paras beku.

Bahkan penduduk setempat juga turut berganding tenaga dalam menjaga kesejahter­aan khazanah alam ini kerana ia bukan sekadar mencantikk­an persekitar­an, malah berfungsi membekalka­n oksigen, membantu kawalan suhu bandar dan membersihk­an udara secara semula jadi.

Penghargaa­n terhadap alam sekitar boleh dilihat dengan jelas bagaimana di sesetengah bandar, pendudukny­a menjadikan parit kecil di tepi kawasan perumahan sebagai taman rekreasi. Ia bukan saja bersih, tetapi disediakan juga kerusi kayu selain laluan jalan kaki untuk memberi keselesaan kepada penduduk.

Hasilnya, ia menjadi tarikan pelancong walaupun pada pandangan kasar, lokasi berkenaan tiada keistimewa­an apaapa. Itu belum masuk bab bagaimana disiplinny­a mereka dalam program kitar semula. Sampah dibuang dalam plastik khas, mengikut hari tertentu.

Masyarakat di

Jepun contohnya menyediaka­n jadual giliran untuk mencuci pusat pengumpula­n yang menempatka­n tong sampah besar bagi memastikan kawasan perumahan mereka sentiasa bersih dan bebas daripada serangga perosak. Dalam soal penjagaan kebersihan dan kesejahter­aan alam sekitar, memang tiada kompromi bagi mereka.

Usaha seperti inilah yang perlu kita contohi walaupun ada sesetengah pihak menganggap­nya perkara leceh dan bukan ‘tanggungja­wab’ mereka.

Namun usaha memelihara alam sekitar adalah tanggungja­wab setiap orang tanpa mengira latar belakang, justeru, Clarins Malaysia meraikan Bulan Bumi baru-baru ini dengan menganjurk­an aktiviti pemulihara­an bersama 30 ‘Green

Angels’ dari Clarins Skin Spa.

Green Angels yang terdiri daripada kakitangan Clarins Skin Spa itu dibawa menanam pokok masing-masing di Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM).

Sebanyak 30 pokok ditanam dengan campuran

30 pohon ditanam dengan campuran pokok kayu keras, buah-buahan di FRIM

pokok kayu keras dan pokok buah-buahan. Di samping itu, bengkel guna semula turut dijalankan menggunaka­n botol plastik untuk membuat lampu suluh.

Inisiatif Green Angel Clarins bermula dari 1

Ogos 2016 hingga 31 Mac lalu bertujuan memberi inspirasi dan meningkatk­an kesedaran mengenai perlindung­an alam sekitar dan meminimumk­an jejak karbon melalui kitar semula di semua Skin Spa.

Sepanjang kempen, pelanggan Clarins dianjurkan untuk membawa balik balang kosong, botol atau kotak untuk dikitar semula.

Pengurus Besar Clarins Malaysia dan Singapura Gillian Tyo berkata, pokok adalah sumber semula jadi yang terbaik untuk melindungi planet ini dan berfungsi membantu mengawal iklim, memperkaya­kan kualiti tanah dan memastikan bekalan makanan, oksigen dan air yang berterusan untuk semua hidupan.

“Kami sentiasa percaya dengan memberikan kembali kepada alam semula jadi. Kerjasama dengan FRIM adalah untuk menonjolka­n kepentinga­n alam semula jadi dan membantu memperkaya­kan pokok tambahan di hutan tropika bagi mengekalka­n ekosistem flora dan fauna tempatan. Pada masa yang sama untuk mengurangk­an jejak karbon dengan menanam lebih banyak pokok,” katanya.

S ementara itu, bengkel guna semula yang menyeronok­kan dan memuaskan turut dijalankan secara berasingan dengan kerjasama Inisiatif Biji-Biji iaitu aktiviti menggunaka­n botol kosong Clarins untuk digunakan semula dalam menghasilk­an lampu suluh.

Di samping itu, sistem tanaman air mudah dan semula jadi turut diajar di mana setiap daripada kita boleh mula membuat rumah dan pejabat lebih hijau.

Gillian berkata, melalui penggunaan teknologi hijau, kaedah pengurusan sisa dan cara kreatif untuk menggunaka­n semula sampah, jenama itu berhasrat memberi inspirasi kepada pelanggan yang bertanggun­gjawab terhadap sisa mereka dan memberi impak minimum terhadap alam sekitar.

“Clarins di seluruh dunia mengamalka­n prinsip 3R Mengurangk­an, Mengguna Semula, Mengitar semula dan juga Menanam semula. Melalui pemilihan boleh dikitar semula, serta meningkatk­an kesedaran terhadap penggunaan semula, kita percaya bahawa kita boleh membantu mengurangk­an kesan terhadap alam sekitar,” katanya.

 ??  ?? PESERTA bergambar kenangan.
PESERTA bergambar kenangan.
 ??  ?? KAKITANGAN dan pelanggan Clarins dengan lampu suluh rekaan masing-masing.
KAKITANGAN dan pelanggan Clarins dengan lampu suluh rekaan masing-masing.
 ??  ?? PELANGGAN tekun membuat lampu suluh menggunaka­n botol terpakai.
PELANGGAN tekun membuat lampu suluh menggunaka­n botol terpakai.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kakitangan menanam pokok.
SEBAHAGIAN kakitangan menanam pokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia