Harian Metro

TENDANGAN PUAKA

> "Dia bersama rakan nekad mengejar penjenayah yang meragut rantai lehernya hampir tiga kilometer sebelum cedera parah akibat kemalangan," kata Fairuz Husni Aripin, 35, abang kepada peguam Fatin Dalila, 33, yang retak bahagian kepala dan putus urat saraf,

- Norizuan Shamsuddin Norizuan@hmetro.com.my

 Peguam retak kepala, rakan parah motosikal ditendang ketika kejar penjenayah ragut rantai leher

Bukan sekadar meragut, malah mereka juga ganas dan kejam apabila tergamak membaling mangsa dengan alat pengunci tayar motosikal sebelum motosikal dinaiki mangsa turut ditendang.

Akibatnya, peguam wanita Fatin Dalila Aripin, 33, dan rakannya Nor Adila Che Amat, 25, cedera parah di kepala, tangan dan badan selepas menjadi mangsa dua peragut ganas itu di Jalan Genting Klang, di sini, Ahad lalu.

Abang Fatin Dalila, Fairuz Husni, 35, berkata kejadian berlaku ketika adiknya membonceng motosikal model Yamaha 135LC ditunggang Nor Adila untuk keluar makan tengah hari dari rumah mereka di Kondominiu­m Sentul Utama, Taman Dato’ Senu, Sentul, di sini, jam 12.30 tengah hari.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu mereka diekori dua lelaki yang turut menunggang dua motosikal.

“Apabila tiba di kawasan berdekatan sebuah sekolah di Bandar Baru Sentul, di sini, seorang daripada suspek meragut rantai leher yang dipakai adik sebelum melarikan diri.

“Namun, adik saya bersama rakannya cuba mengejar penjenayah. Selepas mengejar hampir tiga kilometer, seorang daripada peragut membaling alat pengunci tayar motosikal ke arah mereka,” katanya.

Fairuz berkata, mujur objek dibaling itu tidak mengenai mangsa. Tidak berpuas hati, dua peragut itu kemudian menendang pula motosikal dinaiki mangsa menyebabka­n mereka berlanggar dengan sebuah kereta Produa MyVi.

Menurutnya, berikutan itu, kedua-dua mangsa cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, doktor di HKL mengesahka­n Fatin Dalila mengalami keretakan di kepala selain cedera di leher, bahu, tangan serta badan.

“Dia sudah sedarkan diri selepas pembedahan semalam (kelmarin), tetapi masih perlu menjalani rawatan susulan. Nor Adila pula cedera di bahagian mata, muka dan kepala. Keadaannya juga stabil,” katanya.

Menurut Fairuz, susulan kejadian itu pihaknya membuat laporan di pondok polis di HKL pada hari sama dan kes disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Katanya, polis turut menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan lokasi dan sepanjang laluan yang dilalui oleh adiknya sewaktu mengejar penjenayah terbabit.

“Difahamkan dua penjenayah terbabit menaiki dua motosikal model Yamaha 135LC warna hitam dan Y150 berwarna biru bercampur perak.

“Manakala, pemandu kereta yang terbabit dengan kemalangan itu turut membuat laporan berhubung kejadian.

“Saya dan keluarga menyerahka­n kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut dan berharap suspek terbabit berjaya ditangkap serta dikenakan tindakan undang-undang setimpal,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md Isa ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut berhubung kejadian masih dilakukan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? FATIN kini menjalani rawatan di HKL. FATIN ditenangka­n orang awam yang berada di tempat kejadian.
FATIN kini menjalani rawatan di HKL. FATIN ditenangka­n orang awam yang berada di tempat kejadian.
 ??  ?? NOR Adila cedera parah di kepala.
NOR Adila cedera parah di kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia