Harian Metro

Ombak besar ‘hantar’ syiling antik

-

Kuala Nerus: Pantai Mengabang Telipot, di sini, layak digelar ‘pantai seribu rezeki’ kerana bukan saja menjadi landasan untuk nelayan membawa pulang hasil laut yang segar, malah ia juga menyimpan pelbagai artifak sejarah berharga.

Ini berikutan penemuan syiling kerajaan lama Terengganu berusia 125 tahun, emas, barang kemas dan pelbagai barangan antik lain di pantai berkenaan oleh penduduk terutama setiap kali fenomena ombak besar melanda kawasan itu.

Penduduk, Azmi Muda, 49, dari Kampung Kolam berkata, dia mengumpul 10 kilogram syiling termasuk digunakan kerajaan Terengganu lama sejak lebih setahun lalu.

“Memang banyak syiling ditemui termasuk yang digunakan di zaman kerajaan Terengganu lama bertarikh 1310 Hijrah atau tahun masihi 1892 yang saya jumpa dalam timbunan pasir.

“Selain itu, ada juga syiling zaman British yang bertarikh 1917 hingga 1950-an,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menurutnya, dia pernah ditawarkan ribuan ringgit oleh seorang warga Amerika Syarikat yang ingin membeli syiling lamanya itu.

“Saya menolaknya kerana belum mahu menjualnya, namun jika ditawarkan harga lebih tinggi, mungkin saya mempertimb­angkan.

“Tak kurang lima orang pengumpul barang antik yang lihat syiling itu mengesahka­n keaslianny­a dan ia diperbuat daripada timah serta bernilai tinggi selain sukar ditemui,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n (JKK) Kampung Kolam, Noradira Kudin berkata, penemuan pelbagai barangan antik dan berharga di pantai berkenaan membuktika­n kawasan perkampung­annya dulu pernah menjadi pusat perniagaan penting di negeri ini.

 ??  ?? NORADIRA menunjukka­n syiling lama yang dijumpai di Pantai Mengabang Telipot.
NORADIRA menunjukka­n syiling lama yang dijumpai di Pantai Mengabang Telipot.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia