Harian Metro

‘Saya jawab

- Noor Atiqah Sulaiman am@hmetro.com.my

 Empat pegawai tertinggi FIC hadir di ibu pejabat SPRM

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, mengambil keterangan empat pegawai FELDA Investment Corporatio­n (FIC) berhubung pembelian hotel bernilai RM330 juta di Kensington, London oleh syarikat berkenaan.

Antara yang hadir di ibu pejabat SPRM, di sini, pada kira-kira jam 10 pagi ialah Pengarah FIC, Datuk Nik Azman Mohamed Zain serta Ketua Bahagian Undang-Undang dan Setiausaha syarikat itu, Siti Salwani Mohd Salleh.

Dua lagi individu yang turut memberi keterangan ialah Penolong Pengurus Bahagian Perancanga­n Strategik, Khairul Azhar serta Pengurus di Pejabat Ketua Pengarah Eksekutif FIC, Mohd Fariz Helmi Husain.

Nik Azman dan Siti Salwani tiba pada jam 10 pagi di ibu pejabat SPRM secara berasingan sebelum masing-masing dilihat keluar dari bangunan berkenaan pada jam 3.30 serta 6 petang.

Sementara, dua yang lain selesai memberi keterangan kira-kira jam 7 malam.

Ketika ditanya media mengenai soal siasat berkenaan, Nik Azman berkata: “Soal siasat hari ini (semalam) berjalan lancar dan saya jawab semua soalan dengan jelas.”

Sementara itu, Siti Salwani enggan memberi sebarang komen mengenai terbabit.

Kelmarin, lapan pegawai SPRM melakukan siasatan hampir lapan jam di pejabat FIC di Balai FELDA, Jalan Gurney 1, Kuala Lumpur dan membawa keluar tiga kotak kuning serta dua bagasi dipercayai berisi dokumen berkaitan anak syarikat FELDA itu.

Difahamkan, semua barangan berkenaan dibawa ke

proses pejabat SPRM untuk siasatan berhubung pembelian sebuah hotel empat bintang di Kensington oleh FIC antara 2013 dan 2015.

Pada 14 Julai lalu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, dalam satu kenyataan berkata, berdasarka­n siasatan awal, FIC dipercayai membeli hotel itu pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabka­nnya keru-

 ??  ?? NIK Azman
NIK Azman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia