Harian Metro

Fattah tak tahu bantahan peminat Choi Han-Gyul

-

Sepang: Pelakon popular Fattah Amin mendakwa tidak tahu-menahu mengenai petisyen bantahan yang diwujudkan peminat pelakon Korea Selatan, Gong Yoo di Malaysia terhadap syarikat produksi Cube Film Sdn Bhd bagi mengambiln­ya sebagai watak hero menerusi drama

versi Melayu, Sabtu lalu.

Fattah berkata, dia hanya tahu perkara itu kelmarin selepas pulang menjalani rakaman program TV di Hutan Be- lum, Perak.

“Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya ‘terputus’ hubungan dengan dunia luar.

“Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumka­n pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya,” katanya, di sini, semalam.

Petisyen itu dibuat menerusi laman web Gopetition antara lain menyebut pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu tidak layak memegang watak utama yang dilakonkan pelakon asalnya, Gong Yoo.

Fattah berkata, dia bertemu penerbit dan pengarah drama itu malam tadi bagi membincang­kan perkara itu.

Menurutnya, belum ada pengesahan hitam putih mengenai pembabitan­nya dalam drama itu.

Menurut Fattah, Michael pernah bertemunya sebelum ini dan menawarkan watak utama dalam drama itu, tetapi belum membuat kata putus.

“Tak dinafikan saya selesa bekerja dengan Michael yang banyak membantu menaikkan nama saya. Namun, tidak sangka pula selepas membintang­i beberapa drama, baru kali ini isu ini berbangkit.

“Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah buat keputusan. Jika mereka rasa saya layak memegang watak utama dan tidak hirau bantahan serta kritikan peminat drama

saya seperti biasa menggalas tugas sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, walaupun belum mengesahka­n dia berlakon dalam drama ini, Fattah menerusi video dimuat naik di Instagram Stories semalam memberi bayangan bakal terbabit menerusi perbualan dengan Janna Nick yang juga pelakon drama itu.

Dalam video itu, Fattah bertanya Janna adakah dia berlakon dalam drama Coffee Prince.

Janna menjawab dan meminta Fattah menerima tawaran itu dan jangan ‘mengada-ngada’.

Sementara itu, sumber yang rapat dengan produksi drama berkenaan mengesahka­n Fattah bakal membawa watak Choi Han-Gyul yang dilakonkan Gong Yoo dalam versi asalnya.

 ??  ?? FARID Kamil bersama anak dan ibunya Norsiah hadir memberi sokongan kepada Diana Danielle dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing, semalam.
FARID Kamil bersama anak dan ibunya Norsiah hadir memberi sokongan kepada Diana Danielle dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia