Harian Metro

SELESA UNTUK SEMUA

 Perkhidmat­an MRT mesra orang kurang upaya

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

Pintu tiketnya cukup luas membolehka­n penumpang berkerusi roda mudah melaluinya, terdapat elevator dari aras bawah hingga tingkat konkos dan platform, tanda huruf Braille pada butang lif serta laluan tanpa bertangga.

Itu antara fasiliti khas bagi orang kurang upaya (OKU) jika mereka menggunaka­n perkhidmat­an Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Ternyata perkhidmat­an MRT Laluan SBK yang baru dilancarka­n sepenuhnya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin tidak melupakan pengguna OKU.

Selain memiliki fasiliti khas bagi OKU, semua stesen MRT turut dilengkapi pelbagai kemudahan seperti eskalator, lif, pusat khidmat pelanggan, tandas, surau dan telefon awam.

Seorang penumpang, A Santhana, 45 yang ditemui berkata, sistem perkhidmat­an itu ternyata mesra OKU malah ruang dalam tren itu juga lebih luas dan selesa.

“Sudah lebih lima tahun saya menggunaka­n perkhidmat­an Transit Aliran Ringan (LRT) sama ada ke tempat kerja, menghadiri kursus atau bergerak ke mana saja dalam kawasan bandaraya Kuala Lumpur.

“Hari ini (semalam) kali pertama saya naik MRT untuk ke Bukit Bintang dan saya berpuas hati dengan perkhidmat­an ini yang lebih selesa dan sangat efisien.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga negara kita semakin maju dalam perkhidmat­an pengangkut­an awam darat,” katanya.

Bagi kakitangan swasta Noorsyam Lop, 40 yang ditemui ketika dalam perjalanan ke Stesen Cochrane melahirkan perasaan gembira dan bangga dengan kemudahan itu.

“Memandangk­an saya kali pertama guna MRT, jadi hari ini (semalam) saya banyak berswafoto untuk berkongsi dengan keluarga dan rakan.

“Ternyata kemudahan ini sangat membantu pengguna ‘melarikan diri’ daripada kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak khususnya untuk keluar makan tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana

Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, sejak dibuka jam 4 petang kelmarin, pengguna perkhidmat­an MRT Laluan SBK sudah mencecah 100,000 orang.

Katanya, antara permintaan paling tinggi yang dicadangka­n pengguna adalah kekerapan tren dan perkhidmat­an kemudahan akses Internet Wifi.

“Selain itu, Prasarana juga bercadang untuk memberi potongan diskaun atau penebusan mata ganjaran bagi pemegang Kad MyRapid pada masa akan datang.

“Perkara ini masih dalam perbincang­an kerana kita akan berkolabor­asi dengan gerai atau outlet yang dibuka di stesen MRT untuk memberikan penebusan mata ganjaran antaranya dalam bentuk minuman percuma,” katanya.

MRT Laluan SBK ini adalah yang pertama daripada tiga laluan sepanjang 51 kilometer dengan 31 stesen.

Najib turut mengumumka­n pemberian diskaun 50 peratus ke atas tambang perjalanan sehingga 31 Ogos 2017 kepada pengguna perkhidmat­an MRT, LRT, Monorel dan BRT Rapid KL.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai mengambil peluang menggunaka­n perkhidmat­an MRT secara percuma.
ORANG ramai mengambil peluang menggunaka­n perkhidmat­an MRT secara percuma.
 ??  ?? PENGGUNA sempat berselfie ketika
menggunaka­n perkhidmat­an.
PENGGUNA sempat berselfie ketika menggunaka­n perkhidmat­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia