Harian Metro

Bawa geng kelahi di luar sekolah Jeritan terus senyap

- Omar Osman am@hmetro.com.my

Tanah Merah: Lima lelaki termasuk tiga pelajar ditahan susulan insiden pergaduhan di luar sebuah sekolah di daerah ini dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Batang Merbau, di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, tiga pelajar lelaki tingkatan tiga dan empat bersama dua lelaki berusia 20 dan 16 tahun berjaya ditahan untuk siasatan lanjut.

Pemeriksaa­n lanjut turut menemui sebilah pedang sepanjang 67 sentimeter (sm) dan kayu sepanjang 79sm di dalam bilik berkenaan yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu dan merampas sebuah kereta jenis Honda Accord.

Dua lagi pelajar sekolah berkenaan masih dikesan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Deputi Superinten­dan Suzaimi Mohamad berkata, serbuan itu dilakukan susulan pergaduhan di luar sebuah sekolah di daerah ini kira-kira jam 2 petang kelmarin selepas tamat sesi persekolah­an.

Katanya, sebelum itu dikatakan berlaku salah faham antara suspek berusia 15 tahun dengan rakan sekolah dikenali Along.

“Along mengajak rakannya bernama Kema manakala suspek berusia 15 tahun itu turut mengajak beberapa rakannya dan abangnya untuk bergaduh di luar sekolah.

“Kemudian berlaku pergaduhan di luar sekolah berkenaan. Bagaimanap­un, sebaik polis tiba di lokasi kejadian, semua suspek sudah melarikan diri,” katanya.

“Saya hanya dengar suami jerit kesakitan sambil berkata ‘jangan la’ lepas itu terus senyap, tetapi saya tidak nampak sebab waktu itu gelap.”

Begitu kata seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an menceritak­an kejadian suaminya, warga Myanmar, Min Tun Um, 54, dikelar di leher dan ditikam di rusuk kanan oleh lima lelaki yang menyamar polis sebelum menyamunny­a di dalam bangsal berhampira­n tapak projek perumahan Bukit Bintang Maya, di sini, semalam.

Dalam kejadian 1 pagi itu, mangsa yang tidur dikejutkan suspek meminta pasport konon membuat pemeriksaa­n.

Isteri mangsa berkata, dia tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu suami kerana dijaga seorang lelaki yang mengikat tangannya dengan plastik di sebatang pokok dan hanya terdengar jeritan suami kesakitan.

“Waktu itu jarak saya dengan suami agak jauh dan hanya nampak bayang.

“Sebelum kejadian itu, kira-kira jam 9 malam, saya dan suami serta sekumpulan pekerja warga asing lari bersembuny­i di atas bukit berhadapan rumah kongsi kerana bimbang operasi menahan warga asing oleh Jabatan Imigresen,” katanya

Katanya, jam 1 pagi muncul lima lelaki atas bukit terbabit dan mengaku sebagai polis sebelum menahan mereka lalu meminta pasport.

“Dua daripada suspek kemudian mengikat saya manakala seorang lagi menarik suami dan merampas beg mengandung­i wang RM3,000 dan dua telefon bimbit.

“Lelaki itu turut merampas beg saya yang di dalamnya ada dua telefon, tiga cincin dan satu rantai emas serta pasport.

“Ketika itu saya dengar suami menjerit, ‘jangan la’ namun ketika itu gelap dan muka suspek tidak berapa

 Warga asing dibunuh kumpulan penyamun menyamar polis

jelas,” katanya.

Menurutnya, selepas semua lelaki itu melarikan diri, dia berjaya membuka ikatan lalu bergegas berlari turun ke bawah bukit dengan tangan terikat ke rumah kongsi bagi mendapatka­n bantuan rakan yang kemudian menghubung­i polis.

“Ketika saya dan kenalan suami naik semula ke atas bukit dia sudah tidak bernyawa,” katanya.

Sementara itu, kenalan mangsa berusia 40-an, berkata, pada jam 3.40 pagi dia terkejut apabila isteri mangsa tergesa-gesa datang kepadanya dan meminta tolong kerana suami ditetak di atas bukit sebelum terus menghubung­i polis.

“Saya dan isteri serta beberapa pekerja lain naik ke atas bukit itu untuk melihat keadaan mangsa dan menemuinya dalam keadaan berlumuran darah,” katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, seorang suspek mengambil beg milik mangsa berisi wang tunai RM3,000 dan dua telefon bimbit.

Menurutnya, suspek turut merampas beg isteri mangsa yang mengandung­i dua telefon bimbit, tiga cincin emas dan seutas rantai emas sebelum mengikat wanita terbabit di sebatang pokok berhampira­n bangsal itu.

“Malah wanita terbabit turut melihat seorang suspek memegang parang dan terdengar jeritan suaminya tidak lama kemudian sebelum mereka terus melarikan diri turun ke bawah bukit.

“Isterinya kemudian berjaya melepaskan ikatan itu dan lari meminta bantuan sebelum datang semula bersama tiga rakan suaminya namun menemui mangsa dalam keadaan terbaring dan meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? PEDANG yang ditemui dalam serbuan di sebuah rumah, semalam.
PEDANG yang ditemui dalam serbuan di sebuah rumah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia