Harian Metro

Insiden MMA: Jaga tarik balik laporan polis

-

Subang Jaya: Kes pergaduhan membabitka­n seorang lelaki dengan tiga pengawal keselamata­n warga Nepal di sebuah kondominiu­m di USJ1, di sini, selesai selepas pengawal keselamata­n terbabit menarik balik laporan polis.

Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadar berkata, pengawal keselamata­n warga Nepal itu menarik balik laporan polis dibuat pada hari sama kerana mengenali lelaki berkenaan.

Beliau berkata, tiga pengawal keselamata­n dan lelaki berusia 20 tahun itu juga sudah bermaafan dan menyelesai­kan kes ini secara baik.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila lelaki terbabit tidak dibenarkan naik ke kondominiu­m berkenaan kerana penghuni unit kediaman itu melarangny­a masuk.

“Akibat tidak puas hati, lelaki itu bertengkar dengan pengawal keselamata­n berkenaan sehingga berlaku pergaduhan,” katanya.

Muhammad Azlin berkata, lelaki berkenaan pernah menetap di kondominiu­m itu bersama keluargany­a.

“Kes diselesaik­an dengan baik dan tiada tangkapan dilakukan polis,”katanya.

Terdahulu satu video memaparkan pergaduhan seorang lelaki yang didakwa petinju seni mempertaha­nkan diri campuran (MMA) dengan tiga pengawal keselamata­n yang menjadi tular di laman sosial sejak petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang kelmarin selepas peninju itu dikatakan cuba memasuki kawasan kediaman berkenaan, namun tidak dibenarkan tiga pengawal keselamata­n di kondominiu­m itu.

Dalam rakaman berdurasi 29 saat itu, seorang lelaki berbadan tegap dilihat dalam keadaan bersedia untuk bertinju dengan seorang pengawal keselamata­n warga Nepal.

Pada masa sama terdapat seorang lelaki berbaju hitam cuba menghalang mereka daripada bergaduh namun secara tiba-tiba peninju itu menendang seorang pengawal keselamata­n berkenaan.

 ?? Muhammad Azlin Sadar ??
Muhammad Azlin Sadar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia