Harian Metro

Halang imam masuk

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hmetro.com.my

Imam Satu Masjid Al-Aqsa, Sheikh Yusuf Abu Sunainah dilarang masuk ke kompleks masjid itu untuk menunaikan solat, ketika penutupann­ya masuk hari keempat, semalam.

Perkara itu dimaklumka­n gabungan pertubuhan Islam di Gaza kepada Pengarah i-Reach - Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Johan Ariff Ismail yang mengikuti perkembang­an dari semasa ke semasa situasi di sekitar masjid suci umat Islam yang masih dalam kawalan tentera Zionis.

Setakat ini, kesan paling ketara ialah membabitka­n 30,000 umat Islam yang masih mendiami sekeliling kompleks Aqsa, selain memberi kesan kepada beberapa buah sekolah dan Universiti Al-Quds yang terletak dalam kompleks seluas 1,444 meter persegi itu.

Katanya, halangan itu menyebabka­n ribuan rakyat Palestin bersolat fardu dan sunat di sekeliling kawasan yang menempatka­n lima masjid iaitu Masjid Kubah Shakhrah, Masjid Kibli, Masjid Buraq dan dua masjid di bawah tanah iaitu Masjid Al-Qadim dan Masjid Marwani selain pusat perniagaan.

“Berdasarka­n maklum balas itu, kita bimbang penggeleda­han oleh tentera akan menjejaska­n pelbagai khazanah dan manuskrip lama sejak zaman Uthmaniyah, Mamluk, Saljuk, Ayubbi, Byzantine dan Fatimiyyah.

“Rakan gabungan di sana juga memberikan laporan terkini setiap satu jam dan kita mohon seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahter­aan tempat suci kita,” katanya kepada Harian Metro.

Johan Ariff berkata, apa yang mungkin tidak diketahui umum ialah di dalam kompleks berkenaan ada 200 premis perniagaan milik umat Islam Palestin dan situasi terbaru itu turut menjejaska­n aktiviti ekonomi di situ.

Katanya, keadaan lebih tegang dijangkaka­n kerana gereja tertua di dunia iaitu

terletak beberapa meter saja dari Masjid Qibli dan Masjid Omar.

“Apa yang kita tahu, ada pihak mencari sebab kukuh untuk menutup sepenuhnya Masjid Al-Aqsa sebagai satu mesej bahawa mereka mempunyai kuasa mutlak ke atas kompleks itu,” katanya.

 Kepungan berterusan ke atas Al-Aqsa beri impak negatif

 ??  ?? PENDUDUK menunaikan solat di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa yang dikawal ketat tentera.
PENDUDUK menunaikan solat di luar pekarangan Masjid Al-Aqsa yang dikawal ketat tentera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia