Harian Metro

Berlantai batang pinang

-

 Empat beranak huni pondok diperbuat daripada kayu hutan

Akibat kesempitan hidup, empat beranak hanya mampu tinggal di pondok buruk yang diperbuat daripada kayu hutan dan berlantai batang pinang serta berdinding buluh sejak empat tahun lalu di Kampung Padang Cik Mas, Pulai, di sini,

Zakaria Mamat, 65, isteri, Siti Hajar Md Ali, 25, dan dua anak Muhammad Anas Afifi, 8, serta Nurulsyifa, 3, terpaksa mengharung­i hidup ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang kerana kesempitan hidup.

Zakaria berkata, dia tidak mampu menyediaka­n tempat tinggal selesa untuk keluarga.

Dia yang mengambil upah menoreh getah dengan anggaran pendapatan RM500 sebulan tidak mampu mengumpul wang untuk membina sebuah rumah lebih sempurna.

“Pendapatan hasil menoreh digunakan untuk belanja dapur dan persekolah­an anak serta simpan sedikit apabila sakit.

“Tidak termampu untuk menyimpan wang bagi membeli perkakas membina rumah kerana apabila musim hujan tidak dapat keluar menoreh dan wang simpanan terpaksa dibelanjak­an,” katanya ketika ditemui ketika lawatan Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li yang membuat siasatan selepas kehidupan keluarga itu ditular dalam media sosial, semalam.

Zakaria berkata, dia dan isteri menoreh getah milik orang lain dan hasil torehan dibahagi dua dengan pemilik kebun.

“Harga getah yang tidak stabil turut menjejaska­n pendapatan harian dengan kos sara hidup tinggi membebanka­n kehidupan kami sekeluarga,” katanya.

“Isteri juga menghidap jantung berlubang sejak tujuh tahun lalu dan mendapat rawatan di Hospital Baling (HB), malah apabila sakit dia menjadi penat dan tidak bermaya,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, dia tinggal di Kelantan dan berpindah ke kampung lalu tinggal di rumah peninggala­n bapa mentua.

“Kami sekeluarga tidak tinggal bersama mentua kerana mereka juga hidup susah dan mempunyai keluarga yang ramai,” katanya.

Sementara itu, Badrul Hisham mengakui sudah melawat keluarga itu dan sedih dengan kehidupan mereka.

“Saya akan bawa perkara ini ke pihak atasan dan menyokong supaya keluarga itu diberi perhatian yang sebaiknya demi masa depan anak-anak yang sedang membesar.

“Anak sulung pasangan itu ke Sekolah Kebangsaan Dalam Wang sejauh lima kilometer dengan menumpang motosikal jiran,” katanya.

 ??  ?? ZAKARIA (kiri) bersama ahli keluargany­a di hadapan rumah mereka di Kampung Padang Cik Mas, Pulai.
ZAKARIA (kiri) bersama ahli keluargany­a di hadapan rumah mereka di Kampung Padang Cik Mas, Pulai.
 ??  ?? KEADAAN dapur rumah yang sempit dan tak selesa.
KEADAAN dapur rumah yang sempit dan tak selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia