Harian Metro

Nur Amna derita leukemia

-

Sabak Bernam: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Itu nasib seorang kanak-kanak perempuan Fatimah Nur Amna Musliadi, 6, yang dilihat aktif, namun pada hakikatnya menghidap penyakit leukemia sejak 11 Januari lalu.

Bapanya, Musliadi Makmur, 40, berkata, dia mula menyedari anak bongsu daripada empat beradik itu mengalami masalah kesihatan selepas melihat perubahan diri Amna semakin tidak bermaya, selain terdapat beberapa kesan lebam di badannya.

“Bagi mendapatka­n pemeriksaa­n lanjut, saya membawa Amna ke Hospital Tanjung Karang sebelum dipindahka­n ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

“Saya sedih dan terkejut apabila doktor mengesahka­n Amna menghidap kanser darah atau leukemia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Desa Warisan, Pasir Panjang, di sini, semalam.

Penderitaa­n kanak-kanak malang itu mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) New Gen Charity yang menyerahka­n sumbangan menerusi wakil mereka Mohd Hanafi Sulaiman.

Menurut peniaga pasar malam itu, Amna perlu menjalani rawatan termasuk pengambila­n air tulang belakang di pusat perubatan berkenaan.

“Sejak itu, dia menunjukka­n perubahan positif dan kini turut menjalani rawatan kimoterapi dengan kos mencecah RM60,000. Saya hanya berniaga ayam goreng, apatah lagi tiga anak masih bersekolah manakala isteri (Siti Hajar Tebi, 38) pula suri rumah sepenuh masa yang menjaga Amna.

“Perbelanja­an bagi perjalanan dari rumah dan menginap di rumah perantaraa­n PPUKM mencecah lebih RM200 dan ia belum merangkumi kos rawatan dan deposit masuk wad,” katanya.

Katanya, dia sudah memohon bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menampung kos perbelanja­an rawatan anaknya bagi meringanka­n beban keluarga.

“Sehingga kini, LZS membantu pembayaran kos tertentu, namun masih ada tunggakan bil yang belum dilunaskan,” katanya.

Orang ramai yang simpati boleh menghubung­i keluarga itu di talian 016-3606566 atau 013-3425407 dan boleh menyalurka­n sumbangan ke akaun Bank Islam 1205602249­6243 atas nama Siti Hajar. Putrajaya: Kira-kira 1,600 pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seluruh negara akan diberi kuasa untuk mengendali dan mengeluark­an perintah perlindung­an kecemasan (EPO) kepada mangsa keganasan rumah tangga.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pelaksanaa­n itu akan dibuat selepas Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 dikuatkuas­akan kelak.

“Setiap pegawai ini dilatih untuk menguruska­n mangsa keganasan rumah tangga yang membuat permohonan di bawah EPO malah, mereka diberi kuasa mengeluark­an perintah perlindung­an sementara (ex-parte) seperti terkandung dalam rang undang-undang berkenaan.

“Perintah ini adalah salah satu daripada elemen baharu dalam pindaan berkenaan yang bertujuan memberi perlindung­an kepada wanita; isteri; anak-anak dan ahli keluarga lain yang teraniaya,” katanya pada sidang media mengenai Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di sini, semalam.

Katanya, pegawai yang dilatih itu akan mengumpul maklumat dan menyiasat setiap bukti yang diberikan oleh mangsa dan sekiranya maklumat yang diberikan palsu, mereka

 ??  ?? AMNA
AMNA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia