Harian Metro

20,000 dijangka kunjungi MyRumah 2017 di Kedah

-

Alor Setar: Pameran Hartanah MyRumah 2017 anjuran The New Straits Times Press Bhd (M) Bhd (NSTP) yang bakal berlangsun­g di pusat beli-belah Aman Central, di sini, bermula pada 4 hingga 6 Ogos depan dijangka menarik lebih 20,000 pengunjung sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perlis untuk memiliki hartanah terutama di kawasan utara Semenanjun­g. Pengurus Besar Pengiklana­n Agensi/Rencana Khas NSTP, Roche Chew Ruoh Syh berkata, pameran dianjurkan adalah siri ketiga selepas di Balai Berita NSTP, Bangsar pada 3 hingga 5 Mac serta Komtar JBCC, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Mei lalu yang membawa kepada jualan sebanyak 37 unit pelbagai jenis hartanah daripada rumah teres, kondominiu­m serta bangunan komersial dengan nilai jualan RM30 juta.

“Penganjura­n pameran hartanah MyRumah 2017 di Alor Setar kali ini bertujuan memberi peluang kepada warga utara terutama di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang memiliki unit hartanah ditawarkan oleh sembilan pemaju hartanah yang menyertai pameran kali ini.

“Berdasarka­n pemaju hartanah menyertai kali ini, banyak projek hartanah ditawarkan terletak di sekitar kawasan utara yang memberi kemudahan pemilikan kepada pembeli yang mahu membelinya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat Pengurusan Aman Central, di sini semalam.

Turut hadir Pengurus Pengiklana­n dan Jualan NSTP Wilayah Utara S Linggaraj dan Pengurus Komunikasi dan Pemasaran Aman Central Wendy Wong Siew Chin.

Roche Chew berkata, sembilan pemaju hartanah yang akan menyertai pameran berkenaan kali ini adalah Aman Setia Group, Belleview Group, Bina Darulaman Berhad, Irama Jaya Group, Oriental Interest Group, OSK Property Group, Paramount Properties, Sunsuria Berhad dan SPNB Aspirasi Sdn Bhd.

“Namun begitu, apa yang lebih penting dalam pameran ini adalah ia bukan sahaja menjadi platform untuk semua golongan mencari hartanah disediakan, tetapi tempat mereka mendapatka­n ilmu pengetahua­n sebelum memiliki sebuah rumah idaman.

“Pameran ini platform terbaik bagi orang ramai mendapat jawapan bagi setiap persoalan mengenai jenis hartanah, pembelian rumah serta memahami isu-isu semasa berkaitan hartanah kediaman menerusi lapan penceramah profesiona­l dan berpengala­man yang sering terbabit dalam urusan pemilikan hartanah seperti Datuk Seri Dr Vincent Tiew dan Alan Poon

dan ramai lagi.

“Malah, forum dan sesi ceramah yang dijalankan bukan sekadar memberi penerangan mengenai hartanah, tetapi mampu memberi kesedaran kepada orang ramai kepentinga­n memiliki hartanah secara tepat dan melalui medium yang tepat,” katanya.

Beliau berkata, selain itu juga forum berkenaan teknologi hartanah turut diserapkan dalam pameran kali ini dan selain pihak pengurusan Aman Central yang sudi menyediaka­n ruang pameran berkenaan dilaksanak­an, penyertaan daripada beberapa pihak bukan pemaju hartanah juga mampu merancakka­n lagi pameran yang diadakan.

“Pameran juga turut disertai beberapa firma dan syarikat seperti Amanah Raya, Bank Muamalat, pengeluar barangan elektrik, LG, pengeluar penapis air, Cuckoo, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga perkhidmat­an GrabCar Sdn Bhd.

“Pengendali aplikasi perkongsia­n kenderaan terbesar Asia, Grab turut menawarkan diskaun sebanyak RM5 kepada pengunjung yang datang atau pulang dari Aman Central bagi mengunjung­i pameran hartanah itu sepanjang tarikh berkenaan,” katanya.

Pameran turut diserikan dengan persembaha­n hiburan oleh Usop Mentor Milenia 2017 dan Ezwan Ariff dari Neon Band yang turut dihoskan oleh DJ Haziq dan DJ Issey dari Hot FM.

Malah, kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa turut berpeluang memenangi hadiah dengan menyertai pertanding­an mewarna ketika pameran berlangsun­g.

Siri terakhir pameran MyRumah 2017 bakal diadakan di Pusat Membeli-Belah The Curve di Petaling Jaya pada 6 hingga 8 Oktober nanti.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang hadir pada Pameran Hartanah MyRumah 2017 di Balai Berita Bangsar, Mac lalu.
SEBAHAGIAN daripada pengunjung yang hadir pada Pameran Hartanah MyRumah 2017 di Balai Berita Bangsar, Mac lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia