Harian Metro

Lubuk pekerjaan di SL1M Sabah

- Asmah Rusman asmah@hmetro.com.my

 SL1M bantu rakyat Sabah cari pekerjaan menerusi program dua hari di UMS Kota Kinabalu

Rugi besar jika graduan dan pencari kerja tidak hadir kerana lebih 5,000 jawatan kosong menanti mereka sempena Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) peringkat Sabah pada 22 dan 23 Julai ini.

Malah, jumlah itu mungkin meningkat kerana lebih ramai syarikat berminat untuk hadir bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama mereka yang belum mempunyai pekerjaan.

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail berkata, program dua hari itu diadakan di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

“Kami menjemput semua graduan dan pencari kerja sama ada di Sabah atau kawasan sekitarnya hadir merebut keemasan ini.

“Selain tawaran peluang pekerjaan syarikat gergasi dan tempatan, program ini juga menampilka­n selebriti tempatan untuk memberi motivasi serta inspirasi kepada mereka yang hadir,” katanya pada sidang media SL1M, di sini.

Menurutnya, SL1M amat berbesar hati untuk membantu dan menampung kos penerbanga­n bagi peserta yang mendapat pekerjaan dan perlu berhijrah ke Semenanjun­g.

“Kami sedia maklum ada segelintir mereka mungkin datang dari keluarga kurang berkemampu­an, miskin atau luar bandar yang mempunyai kekangan kewangan.

“Justeru, sebaik menerima surat tawaran jawatan, mereka boleh memaklumka­n kepada pihak kami berserta surat sokongan dari ketua kampung yang mengesahka­n status mereka,” katanya.

Katanya, antara aktiviti menarik diadakan termasuk sesi temu duga untuk semua peringkat kelulusan, Klinik Resume, penampilan istimewa selebriti Faizal Tahir, Kumpulan Zero, Jimmy Palikat, Firman dan Farish Aziz, kraftangan, jualan makanan serta cabutan bertuah.

“Dijangka 10,000 pengunjung hadir membanjiri UMS sepanjang dua hari program berlangsun­g.

“SL1M meminta semua pihak khususnya syarikat swasta untuk sama-sama membantu dalam meningkatk­an tahap kebolehpas­aran mereka, sekali gus memperbaik­i taraf ekonomi graduan dan keluarga,” katanya.

 ?? Norashikin Ismail ?? NORASHIKIN (tengah) bersama Firman (kiri), Faizal Tahir (dua dari kiri), Atu Zero (dua dari kanan) dan Jimmy Palikat pada sidang media SL1M. Selain tawaran peluang pekerjaan syarikat gergasi dan tempatan, program ini juga menampilka­n selebriti tempatan...
Norashikin Ismail NORASHIKIN (tengah) bersama Firman (kiri), Faizal Tahir (dua dari kiri), Atu Zero (dua dari kanan) dan Jimmy Palikat pada sidang media SL1M. Selain tawaran peluang pekerjaan syarikat gergasi dan tempatan, program ini juga menampilka­n selebriti tempatan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia