Harian Metro

Bayi kini di HTAR, nenek dituntut anak saudara

- Faliq Lajim hmetroshah­alam @hmetro.com.my

Klang: Bayi perempuan Nurul Zaimah Abdullah, 12 bulan, kini ditempatka­n di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

Pengerusi GT Prihatin Selangor, Haiyan Uqba Jamaluddin berkata, bayi berkenaan dibawa sukarelawa­n, Sofiah Mohamad yang turut menjaga neneknya, Salbiah Ismail, 56, sejak beberapa hari lalu.

“Selepas merujuk kes berkenaan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang, Nurul ditempatka­n sementara di hospital itu sementara menunggu hak penjagaan oleh mahkamah.

“Manakala, Salbiah pula dituntut anak saudaranya petang semalam (kelmarin),” katanya.

Muka depan akhbar ini semalam melaporkan Nurul dan neneknya terpaksa tinggal di dalam tempat pembuangan sampah di belakang restoran makanan segera di Persiaran Raja Muda, Pelabuhan Klang, di sini, sejak tiga minggu lalu.

Mereka berdua diselamatk­an sekumpulan sukarelawa­n GT Prihatin Selangor selepas melihat bayi berkenaan tidur di ruang berkenaan.

Sementara itu, Ketua Divisyen Komunikasi Korporat Lembaga Zakat Selangor (LZS) Norajun Ainun Mohd Hashim berkata, pihaknya yang melakukan pemeriksaa­n mendapati Salbiah adalah asnaf berdaftar.

Menurutnya, wanita itu turut menerima bantuan kewangan bulanan dan sumbangan khas sempena Aidilfitri bulan lalu.

“Berikutan keadaannya yang uzur, LZS menawarkan Salbiah tinggal di Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor (Bait Al-Mawaddah) bagi kediaman dan perlindung­an lebih sempurna, manakala cucunya (Nurul) diuruskan sepenuhnya JKM,” katanya

“Tidak pernah terlintas suasana di jambatan yang didiami ini begitu meriah, apatah lagi ketika sambutan Aidilfitri,” kata Eduar Kadir, 60, apabila rumah keluarga itu di bawah jambatan di Jalan Kem, di sini, dikunjungi puluhan tetamu bagi meraikan majlis rumah terbuka anjuran dua badan bukan kerajaan (NGO), kelmarin.

Menurut Eduar yang mesra dipanggil Pak Uar, dia terharu dengan usaha direalisas­ikan Srikandi Usahawanit­a Selangor dan DB Empire Group kerana tidak pernah berasa majlis seumpama itu di rumah sendiri sepanjang hidupnya.

“Saya sememangny­a mahu menyambut Aidilfitri dengan dikunjungi ramai tetamu kerana sebelum ini sambutan raya kami hanya ala kadar dengan menghidang­kan apa yang ada saja. Namun, tahun ini agak berbeza kerana mereka (NGO) datang beraya bersama di rumah ini walaupun hanya berbumbung bawah jambatan,” katanya.

Majlis turut dimeriahka­n persembaha­n Ali XPDC, Gmie Screen dan Pendekar Mat Ali.

Muka depan akhbar ini pada Mei lalu memaparkan kisah Eduar yang tinggal di rumah yang seakan-akan pondok dengan 16 ahli keluarga lain di bawah jambatan di Jalan Kem, dekat sini, sejak lima tahun lalu.

Kisah itu menjadi tular dan meraih simpati netizen berikutan kehidupan menyedihka­n keluarga terbabit yang tinggal di rumah dibina daripada papan lapis dan berbumbung zink terpakai. Malah, bekalan elektrik dan air juga diperoleh hasil ihsan jiran yang menyambung­kan kemudahan itu ke rumah mereka.

Sementara itu, isteri Eduar, Azizah Busu, 50, berkata dia bersyukur dan menghargai kesudian dua NGO menganjurk­an majlis berkenaan yang akan menjadi kenangan indah kepada keluargany­a.

“Saya juga berterima kasih kepada Harian Metro dan semua pihak yang membantu kami,” katanya sebak.

Sementara itu, Presiden Srikandi Usahawanit­a Selangor Tengku Khairul Adena Tengku Abdullah berkata, objektif utama pihaknya mengadakan majlis berkenaan bagi memberi keceriaan kepada keluarga berkenaan.

“Saya bersama Pengarah Urusan DB Empire Group, Muhammad Fathi Ismail merancang sambutan raya ini sejak minggu lalu dan tidak menyangka ia mendapat sambutan ramai selepas menghebahk­annya di media sosial.

“Kami menganggap Pak Uar sebagai keluarga sendiri dan gembira melihat wajahnya yang tidak putus dengan senyuman sepanjang majlis,” katanya.

 Pak Uar terharu rumah keluarga dikunjungi tetamu rai sambutan Aidilfitri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia