Harian Metro

Duka pemuda berkaki gajah bertambah

-

Machang: “Saya terkilan arwah ayah tidak sempat mengetahui punca penyakit saya ini yang sepatutnya keluar esok (hari ini),” kata penghidap penyakit kaki gajah Muhammad Izani Mat Jaih, 24, yang kehilangan ayahnya Mat Jaih Muda, 49, akibat serangan jantung, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Mat Jaih meninggal dunia selepas rebah di pangkuan anaknya Muhammad Izzuddin, 23, ketika berada di kebun.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Surau, Kampung Paloh Rawa jam 5.30 petang, kelmarin.

Muhammad Izani berkata, arwah ayahnya menghidap penyakit jantung sejak 2013.

Katanya, kehilangan ayahnya memberi kesan mendalam kerana arwah adalah tempat keluarga bergantung termasuk adiknya, Muhammad Izzat, 16, yang juga orang kurang upaya (OKU).

“Sebelum ini, arwah ayah sering membawa saya ke hospital untuk menerima rawatan serta menjadi tempat kami bergurau, namun kini semua itu tinggal kenangan. Dia jugalah yang bekerja kuat menanggung kami sekeluarga.

“Kini, tanggungja­wab sebagai ketua keluarga dan membantu membawa saya ke hospital digalas adik Muhammad Izzuddin.

“Lebih menyedihka­n arwah ayah tidak sempat mengetahui keputusan punca penyakit yang saya hidapi ini yang akan keluar esok (hari ini),” katanya di rumahnya di kampung Tebing Renuh, Paloh Rawa, di sini, semalam.

Menurutnya, sebelum kejadian dia sempat bertemu arwah ayahnya yang ingin ke kebun bersama adiknya.

“Ketika itu arwah ayah sempat meminta ubat gastrik daripada mak. Bagaimanap­un beberapa jam kemudian, orang kampung datang memaklumka­n ayah rebah di kebun.

“Beberapa hari sebelum kejadian, arwah selalu bergurau memberitah­u dah nak mati setiap kali diserang sakit dada, namun tidak sangka gurauannya kenyataan.

“Pemergiann­ya amat dirasai, namun kami reda dengan ketentuan ilahi,” katanya.

Harian Metro pada 8 Julai lalu melaporkan kaki kiri Muhammmad Izani yang membesar daripada paras buku lali sehingga lutut dengan berat mencecah 60 kilogram.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB menghantar Muhammad Izani ke hospital kini dipikul adiknya.
TANGGUNGJA­WAB menghantar Muhammad Izani ke hospital kini dipikul adiknya.
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia