Harian Metro

SSM agensi kerajaan pertama laksana khidmat Digital CTC

-

Syarikat Malaysia (SSM) diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) sebagai agensi kerajaan pertama melaksanak­an perkhidmat­an Digital Certified True Copy di Malaysia.

Pengiktira­fan itu diumumkan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin sempena Majlis Sambutan Hari Raya SSM, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri, Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Jailani Johari; Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Henry Sum Agung; Ketua Setiausaha KPDNKK merangkap Pengerusi SSM, Datuk Seri Jamil Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Zahrah Abd Wahab Fenner; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh serta Pengasas MBR, Tan Sri Danny Ooi.

Digital CTC adalah transforma­si perkhidmat­an pengesahan dokumen secara manual kepada digital melalui gabungan teknologi pengimejan dokumen berkanun, tandatanga­n digital,

dan

(QR code) dengan ciri-ciri keselamata­n.

SSM menawarkan produk Digital CTC kepada pelanggan bagi salinan imej dokumen yang diserah simpan oleh pelanggan di SSM. Ia kerjasama bersama Big Dataworks Sdn Bhd (penyedia perkhidmat­an SSM) dan Pos Digicert Sdn Bhd iaitu Pihak Berkuasa Berlesen

yang diluluskan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Akta Tandatanga­n Digital 1997.

Pembanguna­n Digital CTC yang dilaksanak­an SSM ini selaras dengan objektif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah program transforma­si kerajaan menerusi Program Transforma­si Ekonomi (ETP).

Kerjasama ini juga adalah satu transforma­si kepada negara melalui cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos rendah.

Produk Digital CTC ini bukan saja memastikan kesahihan dokumen yang dikeluarka­n oleh SSM lebih terjamin berbanding kaedah manual malah boleh mengelak pemalsuan dokumen oleh individu tidak bertanggun­gjawab.

Ini kerana sebarang pindaan ke atas dokumen itu dapat dikesan dan disemak melalui salinan digital serta salinan bercetak.

Sejak awal diperkenal­kan bermula Februari hingga Jun 2017, transaksi sebanyak 132,998 dengan jumlah kutipan hasil sebanyak RM2.62 juta sudah direkodkan.

Di samping itu, pelaksanaa­n Digital CTC memberi impak signifikan kepada penjimatan penggunaan sumber seperti kertas iaitu penguranga­n kos penggunaan kertas sebanyak 82 peratus daripada RM27,250 pada 2016 kepada RM4,764 pada 2017 bagi tempoh Januari sehingga Jun.

Penguranga­n kos penggunaan toner pula mencatatka­n penguranga­n sebanyak 83 peratus daripada RM16,085 untuk tempoh Januari hingga Jun 2016 kepada RM2,812 pada 2017 bagi tempoh yang sama.

Produk Digital CTC ini boleh diperoleh melalui portal MyData SSM di https://www.mydata-ssm. com.my 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Sementara itu, selain meraikan seluruh warga SSM dan pihak berkepenti­ngan, SSM turut merai dan menyampaik­an sumbangan kepada 51 anak-anak yatim dari Rumah Penyayang Darul Ilmi.

 ??  ?? HAMZAH dan tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya SSM, baru-baru ini.
HAMZAH dan tetamu pada Majlis Sambutan Hari Raya SSM, baru-baru ini.
 ??  ?? HAMZAH menandatan­gani sijil pengiktira­fan MBR.
HAMZAH menandatan­gani sijil pengiktira­fan MBR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia