Harian Metro

PEMUDAH iktiraf pengamal media

-

Putrajaya: Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) Datuk Abdul Jalil Abdul Hamid, menang tempat kedua Pertanding­an Kewartawan­an Pasukan Petugas Khas Pemudahcar­a Perniagaan (PEMUDAH) 2016.

Beliau diumumkan sebagai pemenang bagi kategori akhbar bahasa Inggeris menerusi laporan bertajuk ‘Beefing Up Malaysia’s Logistics Sector’, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Hadiah disampaika­n Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Sementara tempat pertama kategori berkenaan disandang wartawan The Star Lim Wing Hooi dengan laporan ‘SMEs need good rules to stay ahead’ dan menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Selain itu, wartawan New Straits Times (NST) Lidiana Rosli memenangi tempat ketiga bagi kategori akhbar bahasa Inggeris menerusi laporan bertajuk ‘Keep Business-Friendly Policies, MEF Urges Govt’.

Sementara itu, pemenang tempat pertama kategori akhbar Bahasa Melayu dimenangi wartawan Utusan Malaysia, Azman Anuar dengan artikel bertajuk ‘Senyap saja isu penambahba­ikan pengurusan pekerja asing’ dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Bagaimanap­un, tiada pemenang bagi tempat kedua dan ketiga, namun wartawan Berita Harian, Shahrizan Salian memenangi sagu hati bagi kategori akhbar bahasa Melayu menerusi laporan ‘Bank Dunia Sedia Bantu Tingkat Ranking’ serta membawa pulang hadiah RM1,000.

Pemenang sagu hati seterusnya bagi kategori berkenaan dimenangi warta- wan Utusan Malaysia, Fauzi Jaafar dengan laporan bertajuk ‘Bank dunia harap Malaysia baiki kedudukan’ dan membawa pulang hadiah RM1,000.

Bagi kategori penyiaran, hanya mempunyai pemenang sagu hati iaitu wartawan TV3 Norshafawa­ti Wahid memenangi hadiah RM2,000 dengan laporan ‘Menjalanka­n perniagaan: Malaysia berada pada kedudukan 23 daripada 190 negara’.

Selain itu, wartawan Astro Awani, Prithamani­vannan meraih sagu hati dan membawa pulang RM2,000 menerusi laporan bertajuk, ‘Bajet 2017: logistik antara cabaran utama e-dagang’.

 ??  ?? DARI kiri, Abdul Jalil, Shahrizan, Lidiana dan Norshafawa­ti.
DARI kiri, Abdul Jalil, Shahrizan, Lidiana dan Norshafawa­ti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia