Harian Metro

KIP lambang keunggulan Islam

-

Putrajaya: Kompleks Islam Putrajaya (KIP), Presint 3, di sini yang dilancarka­n semalam, menggambar­kan keunggulan dan perlambang­an ketinggian syiar Islam di negara ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kompleks yang menempatka­n 11 agensi Islam itu penting bukan secara fizikalnya saja, malah menggambar­kan amalan penghayata­n Islam yang sebenar.

“Tahniah saya ucapkan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kejayaan membina KIP yang bukan saja gah dari aspek seni bina, prasarana dan persekitar­annya yang kondusif, malah lebih utama apabila KIP turut meraih Anugerah Hartanah Asia-Pasifik 2017 bagi kategori Pembinaan Pejabat Terbaik di Bangkok, baru-baru ini,” katanya pada majlis pelancaran KIP dan Garis Panduan Umum Tadbir Urus Berteraska­n Syariah (GTU-s) di sini, semalam.

Hadir sama, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki, Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Othman Mustapha.

Katanya, beliau juga optimis KIP akan menjadi benteng hadapan dalam mendepani cabaran global dunia semasa termasuk merealisas­ikan agenda pembanguna­n negara dan jati diri bangsa berteraska­n Islam yang syumul.

Najib berkata, pemusatan agensi agama dalam satu kompleks untuk meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat, sekali gus menyediaka­n segala urusan di bawah satu bumbung.

KIP dibangunka­n di atas tanah berkeluasa­n 2.28 hektar dan siap dibina pada 17 Ogos tahun lalu sebelum mula beroperasi tahun ini.

Sebanyak 11 agensi Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) beroperasi di KIP iaitu JAKIM, Jabatan Kehakiman dan Syariah Malaysia (JKSM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) Putrajaya, Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutua­n, Yayasan Waqaf Malaysia, Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) dan Yayasan Taqwa Malaysia.

 ??  ?? KOMPLEKS Islam Putrajaya.
KOMPLEKS Islam Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia