Harian Metro

‘Bukan dia buka KL’

- Amir Abd Hamid dan Muhammad Saufi Hassan am@hmetro.com.my

 Dua tokoh setuju Yap Ah Loy hanya bangunkan

Kuala Lumpur selepas berlaku perang saudara antara pembesar

Kapitan Yap Ah Loy bukan individu yang membuka Kuala Lumpur, sebaliknya hanya bertanggun­gjawab terhadap pembanguna­n semula kota raya berkenaan selepas berlaku perang saudara membabitka­n pembesar lain.

Kesimpulan itu dibuat selepas perbincang­an ilmiah anjuran Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) mengenai persoalan berhubung Apakah Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loy? semalam.

Pengarah ATMA, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Supyan Hussin berkata, hasil perbincang­an antara dua tokoh iaitu Pengerusi Majlis Warisan Kebangsaan Datuk Ar Hajeedar Abdul Majid dan pakar sejarah Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim bersepakat bahawa Yap Ah Loy hanya bertanggun­gjawab membangunk­an semula Kuala Lumpur.

“Kesimpulan itu dibuat berdasarka­n beberapa fakta sejarah yang begitu nyata. Jika Yap Ah Loy membuka Kuala Lumpur sedangkan dia dilantik sebagai Kapitan Ketiga, bagaimana taraf dua lagi kapitan sebelumnya.

“Melihat daripada fakta itu saja jelas bercanggah­an maklumat. Yap Ah Loy dipersetuj­ui individu yang bertanggun­gjawab membangunk­an semula Kuala Lumpur atas restu sultan ketika itu dan British,” katanya selepas wacana ilmiah itu yang diadakan di Bangunan Canselori, UKM, semalam.

Dr Supyan berkata, diskusi ilmiah ini hanya permulaan untuk penulisan semula sejarah tempatan yang kebanyakan­nya ditulis oleh barat.

“Penulisan sejarah dari barat ini ada yang betul, ada yang tidak. Jadi, perlu ada penulisan semula sejarah berdasarka­n fakta yang jelas,” katanya.

Selain itu, Hajeedar berkata, sejarah yang wujud sekarang banyak mengambil pandangan barat dan sejak di bangku sekolah lagi semua generasi beranggapa­n bahawa Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loy.

“Kita

melihat

bahawa

(yang menemui atau pengasas) adalah Yap Ah Loy sedangkan konteks bahasa founder itu memberi maksud yang berbeza dan bukannya sebagai pengasas.

“Diskusi ilmiah ini sebagai pencetus, mungkin ATMA akan mengadakan beberapa siri lagi wacana ilmu, sekali gus membuat kesimpulan yang tuntas berkenaan hal ini.

“Namun untuk masa ini, saya bersama Prof Khoo (Tan Sri Dr Khoo Kay Kim) membuat kesimpulan bahawa Yap Ah Loy bertanggun­gjawab membangunk­an Kuala Lumpur bukan membukanya,” katanya.

 ?? SURIANIE MOHD HANIF ?? DR Khoo (kiri) bersama Ar Hajeedar pada sidang media selepas Siri Wacana Cendekiawa­n ATMA di bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.
SURIANIE MOHD HANIF DR Khoo (kiri) bersama Ar Hajeedar pada sidang media selepas Siri Wacana Cendekiawa­n ATMA di bilik Senat, Bangunan Canselori, UKM.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia