Harian Metro

Pencuri ‘tercerdik’

- Ahmad Ismail am@hmetro.com.my

 Lelaki muat naik gambar motosikal curi dalam kumpulan WhatsApp ditahan polis

Tindakan seorang lelaki memuat naik gambar motosikal yang dicuri ke dalam kumpulan WhatsApp untuk mengajak mana-mana wanita keluar bersiar-siar dengannya memerangka­p diri apabila dicekup, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang, suspek berusia 26 tahun ditahan anggota polis wanita yang menyamar dengan berpura-pura membuat temu janji untuk membonceng motosikal itu.

Ketua Polis Daerah Segamat Superinten­dan Raub Selamat berkata, suspek dikatakan memuat naik imej motosikal SYM berwarna merah di dalam kumpulan WhatsApp sambil mempelawa wanita untuk menunggang bersamanya di sekitar bandar ini.

“Malangnya, dia (suspek) tidak sedar pemilik motosikal itu, lelaki berusia 40-an turut berada di dalam kumpulan WhatsApp sama, malah pernah membuat laporan kehilangan motosikaln­ya di Balai Polis Labis, minggu lalu.

“Pemilik berkenaan memaklumka­n kepada polis dan menyedari suspek mencari teman wanita. Kami menugaskan seorang anggota polis wanita untuk menyamar meminati motosikal berkenaan dan mahu membonceng bersamanya.

“Anggota berkenaan menghubung­i suspek menggunaka­n aplikasi sama dan membuat temu janji di bawah jambatan 30 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat dengan ditemani beberapa anggota polis lain yang bersembuny­i di kawasan berhampira­n,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.

Menurutnya, pada mulanya suspek tiba di lokasi dijanjikan dengan tersenyum apabila melihat anggota polis wanita melambai ke arahnya, namun terkejut apabila ditahan beberapa lelaki ketika cuba bersalaman dengan wanita itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap, selain plat pendaftara­n motosikal turut dipalsukan bagi mengelak dikesan.

 ??  ?? SUSPEK curi mo t o s ikal ditahan polis, kelmar in .
SUSPEK curi mo t o s ikal ditahan polis, kelmar in .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia