Harian Metro

Cara cikgu ‘ajar’ murid melampau

-

Dickson: “Bukan niat saya mahu mengaibkan guru itu, tetapi tindakanny­a mencederak­an anak saya melampau,” kata Said Gudu, 32, mengenai kejadian anak lelakinya berusia lapan tahun cedera di pipi dipercayai ditekap pengasah pensel panas oleh seorang guru minggu lalu.

Kejadian berkenaan menjadi tular di laman sosial Facebook sejak beberapa hari lalu, selepas dia membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Port Dickson M Ravi.

Said berkata, anaknya yang juga murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini diperlakuk­an demikian oleh guru lelaki berkenaan kerana marah kanak-kanak itu bermain di dalam kelas ketika dia mengajar.

Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi, pada 11 Julai lalu, guru terbabit menggeselk­an pengasah pensel di lantai sehingga panas, sebelum menekap ke pipi kanan anaknya.

“Anak saya memberitah­u dia menangis kesakitan, tetapi guru terbabit tidak mempedulik­annya. Anak saya pulang ke rumah dan menceritak­an kejadian itu kepada isteri saya, Janatul Firdaus Muhamad Hassan, 32.

“Isteri menghubung­i pihak sekolah, tetapi jawapan diterima tidak memuaskan hatinya.

“Saya mengetahui kejadian menimpa anak saya itu selepas pulang ke rumah jam 11 malam,” katanya ketika ditemui di Pejabat ADUN Port Dickson, di sini, semalam.

Katanya, dia membawa anak sulung daripada dua beradik itu mendapatka­n rawatan di Hospital Port Dickson (HPD) akibat kecederaan dialaminya semakin teruk.

Tambahnya, dia turut ke sekolah berkenaan berjumpa guru besar, tetapi kecewa dengan penjelasan diberikan menyebabka­n dia tampil membuat laporan di Balai Polis Port Dickson.

“Guru itu ada meminta maaf menerusi aplikasi WhatsApp dan mengakui mencederak­an anak saya serta memberitah­u ia bertujuan memberi pengajaran kepada anak yang nakal.

“Saya akui anak saya nakal, tetapi dia masih kecil. Saya tidak menghalang guru terbabit mengajarny­a tetapi bukan dengan cara begitu. Perbuatann­ya itu membuatkan anak saya trauma,” katanya.

Said berkata, sudah seminggu kejadian itu berlaku, namun sehingga kini pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) masih belum mengambil sebarang tindakan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JPNS Pkharuddin Ghazali berkata, pihaknya menghantar pegawai menyiasat kes itu dan penelitian secara mendalam dibuat selepas laporan lengkap diterima.

Beliau berkata, tindakan sewajarnya akan diambil pihaknya berdasarka­n prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

 ??  ?? SAID menunjukka­n laporan polis yang dibuat berikutan anaknya (gambar kecil) yang ditekap pengasah pensel panas oleh gurunya.
SAID menunjukka­n laporan polis yang dibuat berikutan anaknya (gambar kecil) yang ditekap pengasah pensel panas oleh gurunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia