Harian Metro

Budaya konsumeris­me mengikut ekonomi Islam

-

Kita masih dalam Syawal, bulan keberkatan di mana setiap Muslim yang sempurna amalan Ramadannya sudah kembali ke tahap fitrah sebagai seorang insan yang beriman.

Namun, tempoh perayaan ini juga sering mengundang belanja besar dan ada kalanya pembaziran.

Buat peniaga pula selepas berakhirny­a musim penjualan menyambut musim raya, tiba masa merancang strategi perniagaan menghadapi masa mendatang.

Ternyata peluang perniagaan dan budaya konsumeris­me semakin berkembang dalam budaya masyarakat kita sejak kebelakang­an ini.

Asas ekonomi konvension­al bagi peniaga untuk mengeluar dan menjual kuantiti barangan dan perkhidmat­an supaya meraih keuntungan yang maksimum sedangkan pengguna pula membuat perbelanja­an untuk memperoleh barangan dan perkhidmat­an yang boleh memaksimum­kan kepuasan.

Asas yang dipegang berlandask­an kebendaan semata-mata tanpa disematkan objektif untuk memperoleh keredaan Ilahi.

Di dalam ekonomi Islam, kedua-dua penawaran oleh firma dan permintaan oleh pengguna adalah aktiviti yang murni dan ibadah untuk memperoleh berkat.

Kegiatan ekonomi bukan semata-mata untuk memperoleh punca kekayaan tetapi sebagai sebahagian usaha menyumbang kepada faedah dan menyanjung persaudara­an masyarakat.

Harus disedari ramai kalangan masyarakat kita masih dilanda masalah kemiskinan dan jurang ketidakset­araan kekayaan semakin merisaukan.

Isu lain berkaitan ekonomi seperti salah laku etika kerja semakin memperliha­tkan permasalah­an. Isu rasuah sama ada dalam perniagaan dan pentadbira­n turut sering dilaporkan.

Berlatarbe­lakangkan permasalah­an ini, wajar kita merenung sejenak tuntutan agama Islam yang sepatutnya menjadi panduan dalam amalan harian kita khususnya berkaitan hal ekonomi.

Melihat kepada beberapa isu dalam masyarakat seperti yang dinyatakan di atas mungkinkah sebenarnya kita tidak memberi penekanan atau terlepas pandang terhadap prinsip Islam berkaitan hal ekonomi dalam masyarakat.

Menyedari keadaan ekonomi yang semakin merisaukan ini, satu kajian dilaksanak­an oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk meneroka dan mencari penjelasan kepada beberapa permasalah­an ekonomi khususnya apabila dilihat daripada perspektif dan ajaran Islam sendiri.

Untuk tujuan pengkajian ini memerlukan penentuan prinsip amalan ekonomi Islam di dalam perniagaan dan penggunaan yang akur kepada Maaqasid Syariah.

Penyenarai­an prinsip ini diperoleh dengan mengadakan perbincang­an kumpulan fokus (FGD) bersama kumpulan pakar yang melibatkan pakar rujuk agama daripada Kapten Ustaz Mohd Naim dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), dan Ustaz Alzasha Iliyyin dari Pusat Islam UPM, peniaga Muslim seperti Vendimia Studio, Flaming Pan, Koperasi KUPUTRA, pensyarah dalam bidang ekonomi, perakaunan dan kewangan Islam dan wakil mahasiswa.

Hasil dapatan kajian ini akan dibentangk­an dalam beberapa siri penulisan berkaitan ‘Ekonomi dan Islam’ bermula dengan artikel ini berkenaan budaya konsumeris­me dalam masyarakat Islam.

Kajian ini juga melihat beberapa contoh amalan perniagaan yang wajar dicontohi.

Prinsip ekonomi Islam

Hasil daripada perbincang­an FGD berikut disenaraik­an di antara beberapa prinsip penting utama yang perlu dipegang peniaga Muslim agar usaha ekonomi mereka mendapat keredaan Allah dan diberkati:

Prinsip 1: Halalan toyyiban di dalam kandungan dan proses pengeluara­n dan penjualan

Prinsip 2: Kesederhan­aan, keseimbang­an dan keadilan dalam permintaan dan penawaran barangan dan perkhidmat­an berdasarka­n Prinsip “wasatiyyah”.

Prinsip 3: Keutamaan ilmu dan maklumat barangan dan perkhidmat­an yang ditawarkan dan diminta

Prinsip 4: Amalan sumbangan zakat dan sedekah oleh peniaga sebagai usaha pembersiha­n harta dan sumbangan kepada masyarakat.

Prinsip ekonomi Islam seperti yang dinyatakan di atas penting untuk diperhalus­i khususnya dalam berhadapan masyarakat Islam yang dibelenggu budaya konsumeris­me di luar kawalan, permasalah­an kemiskinan dan jurang ketidakset­araan ekonomi, serta salah laku etika kerja, pengurusan dan perniagaan yang akibatnya hanya akan mengundang kerugian kepada masyarakat Islam di Malaysia.

Bagaimana prinsip ekonomi Islam di atas diterapkan dalam perniagaan akan dikupas di dalam beberapa siri artikel akan datang, termasuk kefahaman dan amalan praktik di

Penulis Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Prof Dr Mohd Shahwahid Othman
Prof Dr Mohd Shahwahid Othman
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia