Harian Metro

Hati takut kepada Ilahi

-

 Orang beriman gementar dengan kebesaran Maha Pencipta

Apabila diri mula rasa berat mengerjaka­n perintah Allah SWT, berasa seronok dan bangga melakukan maksiat, maka itu tandanya hati mulai keras.

Sifat orang beriman ialah apabila disebut berkenaan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT, hati mereka berasa takut dan gementar.

Dalam firman Allah

SWT yang bermaksud: “Sesungguhn­ya orangorang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarla­h hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah al-Anfaal, ayat 2)

Hati yang keras tidak lagi merasai keseronoka­n dan kemanisan dalam beribadat. Lebih buruk lagi apabila hati mati dan ketika itu tiada lagi perasaan insani dalam diri.

Sifat kebaikan dan keburukan tidak lagi dapat dibezakan. Hati mati akan memadamkan sifat manusia yang berpaksi kepada peraturan, sifat belas ihsan dan takut kepada kemurkaan Allah SWT.

Setiap kemungkara­n dilakukan akan menerbitka­n satu titik hitam pada hati manusia sekiranya ia terus dilakukan tanpa bertaubat.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sebenarnya (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan. (Surah Al-Mutaffifii­n, ayat 14)

Sehubungan itu, sucikanlah hati yang semakin hitam dan kotor dengan memperbany­akkan mengingati Allah serta berdoa memohon keampunan daripada-Nya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramla­h hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 28)

Antara amalan utama yang perlu dilakukan bagi memastikan hati sentiasa ‘terawat’ ialah dengan menjaga amal ibadat, menyibukka­n diri menuntut ilmu, berdamping dengan orang alim yang boleh memberi bimbingan serta memperbany­akkan istighfar.

Paling utama menjaga solat lima waktu. Orang yang tidak menjaga solat pastinya akan memberi kesan langsung kepada kehidupann­ya.

Dalam Surah alAnkabuut, ayat 45, Allah berfirman: “Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun), sesungguhn­ya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhn­ya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Perlu juga diberi perhatian, walaupun dapat melengkapk­an solat lima kali semalam, namun waktunya perlu dijaga dan tidak melaksanak­an solat pada penghujung waktu.

Perintah solat bererti melaksanak­annya dengan sempurna, khusyuk dan berterusan.

Begitu juga tuntutan mencari ilmu, ia sangat penting dalam memastikan hati sentiasa terdorong dan terdidik melakukan kebaikan.

Lihat hikmah daripada kisah Luqman al-Hakim apabila tuannya memerintah­kan menyembeli­h seekor kambing dan membawa bahagian terbaik dan bahagian yang terburuk.

Luqman kemudianny­a membawa kepada tuannya seketul hati. Ia membawa maksud baik atau tidak seseorang itu bergantung kepada hatinya.

Hindarilah beberapa ‘racun’ yang merosakkan hati iaitu berlebihan dalam berbicara, berlebihan melihat sesuatu, berlebihan ketika makan dan berlebihan dalam pergaulan.

Jadi, sebelum berkata-kata, fikirlah sehabisnya adakah setiap butir bicara kita itu mendatangk­an kebencian kepada pendengarn­ya.

Ini kerana kata-kata yang sia-sia menjadi pintu utama syaitan menghasut manusia. Berdiam diri adalah jalan terbaik daripada tercetusny­a salah faham.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Ramai orang yang diseksa di neraka disebabkan kerana perbuatan lisannya.”

(Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Begitu juga hati akan rosak apabila seseorang makan secara berlebihan.

Apabila perut terlalu kenyang, sudah tentu badan berasa malas dan berat untuk melakukan kerja, apatah lagi untuk beribadat.

Oleh itu, kawal nafsu dan amalkan berhenti makan sebelum kenyang.

Luqman al-Hakim ada berpesan kepada puteranya: “Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barang siapa banyak melakukan kedua-duanya, pada hari kiamat dia miskin amal soleh.”

Selain itu, pergaulan yang tidak berfaedah turut menyumbang kepada rosaknya hati manusia.

Akibat terlalu banyak bergaul bersama golongan yang kotor hatinya menyebabka­n hati kita turut sama terpalit dan terpengaru­h dengan sikap dan perangai itu.

Akhirnya, hati menjadi lemah, tidak bersemanga­t dan sentiasa diselubung­i kegelisaha­n dan masalah.

Penulis wartawan Harian Metro

 ??  ??
 ??  ?? Bersama Fadly Samsudin
Laman Nurani
Bersama Fadly Samsudin Laman Nurani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia