Harian Metro

Kelebihan orang menuntut ilmu

-

Ilmu pengetahua­n adalah kayu ukur bagi membezakan antara seseorang dengan orang lain dan menjadi pencetus untuk mengubah kehidupan manusia menjadi lebih baik.

Sebab itu, umat Islam disaran supaya tidak berhenti dalam berusaha menuntut ilmu.

Allah SWT turut mengangkat darjat orang beriman beberapa darjat, begitu juga orang yang beriman dan berilmu akan diangkat beberapa darjat lebih daripada itu.

Bayangkan, semua makhluk sehinggaka­n ikan di lautan turut memohon keampunan kepada orang yang menuntut ilmu.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Katakanlah lagi (kepadanya): “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhn­ya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar, ayat 9)

Oleh itu, umat Islam digalak menyemarak­kan kecintaan untuk menghadiri majlis ilmu malah dilarang keluar daripada majlis ilmu tanpa sebarang keuzuran.

Berdasarka­n hadis menerusi kitab Riyadus

Solihin, Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW bersabda: “Percayalah, Allah memerintah malaikat berkelilin­g di atas jalan bagi tujuan mencari majlis yang ada orang berzikir di situ.

Apabila mereka menemui kumpulan yang berzikir kepada Allah, mereka saling memanggil malaikat-malaikat lain dengan berkata: “Mari ke mari! Apa yang kita cari-cari, ada di sini.”

Malaikat-malaikat ini mengelilin­gi bahagian atas majlis orang yang berzikir itu sambil melindungi mereka dengan sayapsayap­nya, sampai ke langit.

Walaupun Allah lebih mengetahui semuanya, Allah bertanya kepada para malaikat itu: “Apakah yang dilakukan oleh hamba-hamba-Ku?”

Para malaikat itu menjawab: “Manusiaman­usia itu mengucapka­n tasbih kepada-Mu, bertakbir untuk-Mu dan bertahmid kepada-Mu”

Allah bertanya lagi: “Dapatkah mereka melihat-Ku? Tidak, atas nama-Mu wahai Allah, mereka tidak boleh melihat-Mu, jawab para malaikat itu.”

Allah bertanya lagi:

“Apa terjadi andai kata mereka boleh melihat-Ku?” Para malaikat itu menjawab: “Apabila itu berlaku, sudah pasti mereka berusaha beribadat dengan lebih lagi, lebih memuliakan Engkau dan mereka lebih banyak bertasbih kepada-Mu.”

Allah bertanya lagi:

“Apa yang diminta oleh hamba-hamba-Ku itu?” Malaikat menjawab: “Mereka mahu mendapat syurga daripada-Mu.”

Allah SWT berkata: “Pernahkah mereka melihat keadaan syurga?' Para malaikat menjawab: “Tidak, demi Allah, wahai Tuhan kami, mereka belum pernah lagi melihat syurga.”

“Apa terjadi sekiranya mereka sudah melihat syurga?” Para malaikat menjawab: “Sekiranya mereka sudah melihatnya, sudah pasti, lebih kuat keinginan mereka mendapatka­n syurga, menambah usaha mencarinya dan lebih mendalam kemahuan mereka mahukan syurga.”

Allah bertanya lagi: “Mereka memohon perlindung­an-Ku daripada apa?” Malaikat menjawab: “Mereka minta perlindung­an-Mu daripada api neraka.”

Allah bertanya lagi: “Pernahkah mereka melihat neraku-Ku?” Jawab malaikat: “Tidak, demi Allah, mereka belum pernah lagi melihat neraka.”

Allah bertanya lagi: “Bagaimana pula sekiranya mereka dapat melihat neraka?” Malaikat menjawab: “Sudah pasti mereka berusaha menjauhkan diri mereka daripadany­a dan tentu mereka takut sekali pada neraka-Mu.”

Allah menerangka­n kepada malaikat: “Kamu sekalian jadilah saksi, Aku sudah mengampunk­an dosa-dosa mereka.”

Nabi menerangka­n lagi, “Satu daripada malaikat itu berkata kepada Allah, Dalam kalangan orang ramai yang berzikir itu, seorang daripada mereka bukan daripada kalangan orang berzikir. Tetapi dia berkunjung ke sana kerana sesuatu sebab.

Allah menerangka­n: “Orang itu daripada kumpulan yang sama. Sesiapa yang berkawan dengan mereka, Aku tidak beri kesusahan, tetapi Aku ampunkan dia juga.” (Diriwayatk­an Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pada hujung hayatnya pernah memanggil dan mewasiatka­n kepada Saidina Ali bin Abi Talib: “Wahai Ali! Jika berlalu dalam kalangan orang Islam 40 hari (saja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu, maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk.

Pertama, hatinya menjadi keras dan sukar untuk menerima petunjuk Allah dan segala kebaikan serta kedua, berani melakukan dosa besar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia