Harian Metro

14 Ogos sebutan semula kes bunuh penuntut UPNM

-

Mahkamah Majistret

Kuala Lumpur, di sini, semalam menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes 19 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, Mei lalu.

Majistret Siti Radziah Kamarudin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya K Vasugi memohon satu tarikh sementara menunggu untuk mendapatka­n laporan perubatan mangsa.

Tertuduh adalah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal,

Azamuddin Md Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri, Abdoul Hakeem Mohd Ali, Mohd Hafiz Fauzan

Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan

Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Akmal Akif Alias, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Pada 14 Jun lalu, semua tertuduh yang berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu bagi maksud hendak memeras mangsa untuk mendapatka­n pengakuan mencuri komputer riba di bilik 03-05, blok penginapan asrama Jebat, UPNM, Kem Perdana, Sungai Besi antara jam 2.30 pagi hingga 5.30 pagi, 21 Mei lalu serta di bilik 04-10 blok sama antara jam 1.30 pagi hingga 4.30 pagi, 22 Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, tertuduh masing-masing diwakili peguam Mohd Fadhly Hashim, Datuk Ranjit Singh Dhillon, Zamri Idrus, AG Kalidas, Datin Hazizah Kassim, Joshua Tay, Ariff Amirul Abdul Jani dan Datuk Sri M Ramachelva­m.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 10 malam, 1 Jun lalu, selepas dihantar beberapa rakannya untuk mendapatka­n rawatan dipercayai akibat ditekap dengan seterika wap, disebat dengan tali pinggang dan didera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia