Harian Metro

1,600 bayi dalam 6 tahun

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

 IMSC terus komited bantu pasangan timang cahaya mata melalui IVF

Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (IMSC) Indera Mahkota, di sini, ‘melahirkan’ 1,600 bayi menggunaka­n kaedah persenyawa­an in-vitro (IVF) dalam tempoh enam tahun penubuhann­ya.

Pusat perubatan terunggul di Pantai Timur berlandask­an patuh syariah dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) itu mempunyai dua pakar perubatan dalam bidang itu.

Pengerusi IMSC Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, masih ramai masyarakat tidak menyedari kewujudan pusat rawatan kesuburan yang setiap tahun berjaya membantu pasangan mendapatka­n cahaya mata.

Menurutnya, masyarakat perlu peka dengan kemudahan diberikan IMSC dalam usaha membantu pasangan mendapat zuriat selepas sekian lama berkahwin.

Katanya, perkhidmat­an IVF ditawarkan bermula pada 2004 namun selepas Pusat Tabung Uji dibuka pada 2009 saban tahun bilangan individu yang menjalani rawatan sentiasa meningkat.

“Individu mendapatka­n khidmat nasihatdi IMSC tidak hanya mereka dari Pantai Timur dan seluruh Malaysia, malah luar negara,” katanya pada Hari Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya IMSC di sini, kelmarin. Kuala Lumpur: Cadangan mewajibkan setiap anak muda menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) tiga kali pada umur 12, 15 dan 17 tahun, antara perkara dikemukaka­n Kumpulan Masa Depan Transforma­si Nasional (TN50).

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, melalui topik identiti nasional, cadangan itu membolehka­n mereka berkongsi pengalaman sama sebagai anak Malaysia.

“Pada hari ini kita lihat anak-anak muda tiada pengalaman bersama, misalnya ada ke sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan dan lain-lain.

“Sebab itu mereka perlu sertai program PLKN tiga kali dan melalui kursus sama tanpa mengira latar belakang,” katanya.

 ??  ?? ABDUL Aziz (tiga dari kanan) memangku bayi yang dilahirkan melalui kaedah IVF.
ABDUL Aziz (tiga dari kanan) memangku bayi yang dilahirkan melalui kaedah IVF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia