Harian Metro

BELUM MUKTAMAD

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Malaysia sedang menilai pilihan ditawarkan negara anggota

Malaysia masih terbuka kepada sebarang cadangan yang dikemukaka­n negara ahli dalam Perjanjian Perkongsia­n Trans-Pasifik (TPPA) sebelum negara menetapkan pendirian akhir berhubung perjanjian terbabit.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, negara sedang menilai pilihan yang ditawarkan melalui perjanjian itu yang kini masih berada di peringkat rundingan.

“Tiada sebarang keputusan ditetapkan sehingga kini di mana siri rundingan TPPA masih diteruskan dan ia bakal dimuktamad­kan bersempena mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November ini di Manila,” katanya selepas pelancaran Sidang Kemuncak Ekonomi Kebangsaan, di sini, semalam.

Siri rundingan TPPA yang disertai 11 negara termasuk Malaysia kini memasuki tahun kelima dan ia terjejas ekoran keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang menarik diri daripada rundingan terbabit pada awal tahun ini.

Beliau berkata, Malaysia kini fokus kepada Perkongsia­n Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP) yang dijangka mampu dimuktamad­kan menjelang awal tahun ini.

Menurutnya, 16 negara yang menyertai siri rundingan RCEP sudah melakukan beberapa pertemuan sebelum ini di mana beberapa perkara bagi memuktamad­kan perjanjian ini sudah dilakukan.

“Semua negara ini termasuk Malaysia akan bertemu lagi di Hyderabad, Pakistan pada minggu depan bagi memperinci­kan lagi semua aspek berkaitan RCEP ini,” katanya.

RCEP dianggotai 16 negara termasuk 10 negara ASEAN dan enam negara yang memiliki perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) dengan ASEAN seperti Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Pada masa sama, Mustapa berkata, rantau ASEAN tetap akan menjadi fokus utama kepada negara kerana ia memberi banyak manfaat kepada semua negara anggota melalui ekonomi, politik dan sosio budaya yang hampir sama.

Menurutnya, negara perlu terus memanfaatk­an peluang pertumbuha­n serantau kerana ia adalah tempat bagi masyarakat muda, populasi umur pekerja terbesar dan kelas pertengaha­n yang berkembang.

“Kami kini komited meliberali­sasikan perdaganga­n dan persekitar­an pelaburan untuk masa depan dengan cara menyelesai­kan perkara berkaitan pendekatan tiada tarif (NTM) dan undang-undang pelaburan di peringkat serantau,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia